SELAMAT DATANG KE HALAMAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK ELEKTRIK TINGKATAN 2
KSSM diperkenalkan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holostik dan relevan dengan kepreluan abad ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global.
DSKP merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP bertujuan bagi membantu guru memahami dengan jelas tentang standard pembelajaran yang perlu dicapai. Selain itu dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. DSKP dirancang bagi memastikan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan relevan dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek.