SELAMAT DATANG KE HALAMAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK ELEKTRIK TINGKATAN 2
Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar Elektrik Yang Akan Dibuat
apabila membuka pintu almari pakaian, kita akan menghadapi masalah untuk mencari pakaian dan barang yang disimpan di dalamnya kerana keadaan yang gelap
bagi mengatasi masalah ini, kita akan membina suatu gajet elektrik
dengan gajet ini, keseluruhan ruang di dalam almari menjadi terang dan dapat dilihat dengan jelas apabila pintu almari dibuka
sebelum memulakan projek ini, kenal pasti bahagian yang sesuai di dalam almari intuk menempatkan gajet tersebut agar kedudukan gajet itu dapat menerangi keseluruhan ruang almari
Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar Elektrik Yang Akan Dibuat
sebelum membina gajet, lakaran perlu dibuat sebagai gambaranawal projek tersebut
tujuannya adalah untuk memastikan kuantiti dan kedudukan yang betul bagi komponen-komponen seperti mentol atau LED, suis, bateri dan kepanjangan wayar
pemilihan wayar mestilah sesuai agar mudah ditempatkan di bahagian yang tidak dilihat di tepi papan almari
contoh lakaran litar elektrik lampu almari
lakaran skematik litar siri
selepas lakaran litar dibina, langkah seterusnya ialah melakar reka bentuk litar skematik.
Jenis suis yang digunakan ialah suis mikro
Pengiraan Parameter
Pengiraan dalam rajah menunjukkan elektrik yang lengkap yang telah diberi nilai parameter voltan dan arus
nilai rintangannya dapat dihitung seperti yang berikut
pemilihan mentol perlulah sesuai dengan voltan yang dihasilkan dalam litar untuk mendapatkan kecerahan mentol yang maksimum
nilai 83.33 miliAmpere (mA) apabila ditukarkan kepada ampere (A) adalah bersamaan dengan 0.08333 A.
ini kerana 1000 mA adalah bersamaan dengan 1 A