SELAMAT DATANG KE HALAMAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK ELEKTRIK TINGKATAN 2
Reka bentuk litar peralatan elektrik ditunjukkan dalam 3 aspek :
Keselamatan
dapat melindungi pengguna dan peralatan
mengelakkan pengguna terkena renjatan elektrik
kedudukan litar elektrik tersembunyi di bawah periuk nasi dan tidak dapat dicapai dan tidak terdedah.
2. Kedudukan Peranti Dalam Litar
kedudukan litar tersembunyi dan tidak terdedah
menjimatkan ruang
mengutamakan keselamatan
reka bentuk peralatan kemas dan menarik
menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai bagi tujuan komersial
3. Sambungan Litar
terdapat 3 jenis penyambungan litar :
litar terbuka
litar tertutup
litar pintas
litar terbuka tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.Â
cth: mentol tidak menyala kerana suis dibuka atau wayar terputus.
Litar pintas berlaku apabila wayar positif(+) yang bocor bersentuhan dengan wayar negatif (-) yang bocor tanpa melalui mentol(beban).
cth: wayar poositif (+) dan wayar negatif (-) yang bersentuhan itu akan menghasilkan percikan bunga api yang dapat menyebabkan kebakaran.
Litar tertutup ini mempunyai kitaran lengkap pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik.
cth : mentol menyala apabila suis ditutup
Litar Salah Kekutuban
komponen elektronik yang mempunyai kekutuban seperti LED perlu dipasang mengikut kekutuban supaya ia boleh berfungsi
Litar Arus Bocor
terjadi akibat daripada kebocoran arus pada wayar hidup pada badan logam perkakas elektrik
Litar Bypass
penyambungan dua perkakas elektrik yang berlainan pada satu fius yang sama
menyebabkan tekanan & suhu berlebihan pada penebat
risiko litar pintas akan berlaku