Memorabilia bermaksud sesuatu yang sangat menarik dan patut dikenang, terutamanya berhubung dengan orang atau peristiwa yang masyhur.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat.
Antara program paling berjaya diadakan ialah program "Tales on the Lawn" anjuran Pusat Sumber IPG Kampus Perlis pada 18 - 21 Julai 2025.
Tokoh jemputan : Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato' Rahman Shaari, Yang Berbahagia Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Yang Berbahagia Tuan Sharrul Rizal Hashim, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Encik Saifullizan Yahya, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Program ini turut dijayakan oleh Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Amran Mahadi, Pengarah IPG Kampus Perlis serta para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu.