Program Forum “Cakna Minda, Cakna Diri” merupakan satu inisiatif anjuran Pusat Sumber IPGM Kampus Perlis yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga pendidik dan pelajar terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan diri. Program ini menghimpunkan barisan panel yang terdiri daripada cendekiawan, tokoh ilmuan serta pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan emosi, tekanan kerja dan keseimbangan kehidupan.
Forum ini dilaksanakan dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman secara interaktif, yang memberi ruang kepada peserta untuk memahami cabaran sebenar yang dihadapi dalam dunia pendidikan serta pendekatan praktikal dalam menangani isu kesihatan mental. Penglibatan tokoh berpengalaman turut memberi nilai tambah melalui perspektif yang lebih mendalam dan berautoriti.
Selain itu, program ini juga berperanan sebagai platform untuk memupuk budaya cakna terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga institut, selaras dengan aspirasi melahirkan pendidik yang holistik, seimbang dan berdaya tahan. Secara keseluruhannya, penganjuran forum ini telah berjaya mencapai objektif dalam memperkasa kesedaran minda sihat serta menggalakkan amalan penjagaan diri dalam kehidupan seharian.
PENGANJURAN PAMERAN BUKU CERITA BERGAMBAR KANAK-KANAK
ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU (JPM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS (IPGMKPs)
DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS (IPGMKPs)
Penganjuran Pameran Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak Anjuran Jabatan Pengajian Melayu (JPM) IPGM Kampus Perlis dengan kerjasama Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGMKPs) sempena dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan satu program yang bertujuan untuk mempamerkan tentang penghasilan buku cerita bergambar kanak-kanak. Oleh itu, Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGMKPs) akan menganjurkan Pameran Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak sempena dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam kalangan pelajar JPM IPGMKPs. Program ini diadakan di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis pada 14 Mac 2025 iaitu pada hari Jumaat.
PELANCARAN BUKU JIP 2024
OLEH PENGARAH IPGM KAMPUS PERLIS
di HOTEL SERI MALAYSIA
Pada 18.12.24 Sempena Majlis HI-TEA bersama Puan Zaiton
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
PUAN JAURIAH MENYERAHKAN BUKU KEPADA TUAN PENGARAH