Kaunter Sirkulasi ialah pusat utama dalam perpustakaan atau pusat sumber yang mengurus perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan bacaan. Ia juga menjadi tempat rujukan utama untuk pengguna mendapatkan bantuan berkaitan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan.
Fungsi Kaunter Sirkulasi:
Pinjaman & Pemulangan Buku 📚
Menguruskan peminjaman dan pemulangan bahan bacaan seperti buku, jurnal, dan bahan multimedia.
Mengemas kini rekod peminjaman dalam sistem perpustakaan.
Pendaftaran & Keahlian Perpustakaan 🏷️
Mengendalikan pendaftaran ahli baharu dan mengeluarkan kad keahlian.
Mengemas kini maklumat pengguna dalam pangkalan data.
Pembaharuan & Tempahan Buku 🔄
Membantu pengguna memperbaharui tempoh pinjaman buku.
Menguruskan tempahan buku yang sedang dipinjam oleh pengguna lain.
Pengesanan Buku Hilang atau Rosak 🔍
Menerima laporan buku yang hilang atau rosak.
Menguruskan denda atau ganti rugi mengikut polisi perpustakaan.
Membantu Pengguna Perpustakaan 🏛️
Memberi maklumat tentang peraturan dan perkhidmatan perpustakaan.
Mengarahkan pengguna ke bahagian yang betul untuk rujukan lanjut.
Mengendalikan Denda & Bayaran 💳
Mengutip bayaran denda bagi buku yang lewat dipulangkan.
Menguruskan caj lain seperti kehilangan buku atau kerosakan bahan.
Menyediakan Statistik Penggunaan Perpustakaan 📊
Merekod jumlah peminjaman dan pemulangan buku.
Menganalisis data untuk menambah baik koleksi perpustakaan.
Sudut Pameran Buku Baharu
Ruang pameran buku yang diterbitkan adalah satu sudut khas dalam perpustakaan atau pusat sumber yang menampilkan buku-buku terbitan terkini atau koleksi khas. Ia bertujuan mempromosikan bahan bacaan, memperkenalkan hasil penerbitan institut dan menarik minat pembaca.
Bilik Al Kindi
Bilik perbincangan dan perbentangan.
Bilik Hipermedia
Bilik Hipermedia ialah ruang dalam pusat sumber yang dilengkapi dengan teknologi digital dan multimedia untuk menyokong pembelajaran, penyelidikan, dan pengajaran secara interaktif.
Kegunaan Bilik Hipermedia:
Menyediakan akses kepada maklumat digital bagi pelajar dan pensyarah.
Meningkatkan pembelajaran interaktif melalui multimedia.
Menyokong penyelidikan dan penulisan akademik dengan akses kepada jurnal dan artikel digital.
Menggalakkan pembelajaran kendiri melalui bahan digital dan kursus dalam talian.
Ruang Pameran Bertema
Ruang Pameran Bertema terletak berhadapan pentas utama Pusat Sumber (Pentas Graha Cendekia), bersebelahan Bilik Al-Khindi.
Ruang ini telah diaktifkan dengan beberapa maklumat semasa. Maklumat yang dipamerkan termasuklah buku-buku bersesuaian tema, keratan maklumat daripada akhbar dan majalah semasa, maklumat daripada laman sesawang berautoriti, serta ekstrak maklumat daripada pangkalan data u-Pustaka.
Tidak itu sahaja, ruang pameran ini turut dihiasi dengan rempah ratus, sinonim dengan perdagangan rempah semasa zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Rempah juga memiliki banyak kelebihan - menjauhkan makhluk perosak daripada mendekati dan mengganggu ruangan pameran ini.
Ruangan ini juga disediakan sebagai pilihan kepada para pengguna Pusat Sumber berswafoto sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan. Siswa-siswi guru juga boleh memanfaatkan ruangan ini sebagai pilihan mengadakan sesi rakaman pembelajaran (kerja kursus).
Antara tema yang telah dipilih sebelum ini termasuklah, "Pameran Kemerdekaan", "Kami Benci Buli".
Pameran akan datang ... "Perang Global : Apa Impaknya Terhadap Malaysia".
Pusat Sumber juga turut mengaktifkan RnR Pusat Sumber yang juga ditempatkan di ruangan ini. RnR Pusat Sumber menyediakan permainan Sahibba, Scrable, Congkak dan Batu Seremban. Akan datang ... Catur, Snake and Ladder.
Ruang Pameran Bermusim
Ruang Pameran Bermusim disediakan khusus pameran mengikut musim sama ada musim perayaan ataupun musim tertentu seperti Hari Kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan.
Tidak itu sahaja, ruangan ini juga disediakan sebagai pilihan kepada para pengguna Pusat Sumber berswafoto sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan. Siswa-siswi guru juga boleh memanfaatkan ruangan ini sebagai pilihan mengadakan sesi rakaman pembelajaran (kerja kursus).
Maklumat rujukan bersesuaian tema juga turut disediakan. Antaranya termasuklah "Perayaan Deepavali", "Perayaan Krismas", ''Perayaan Tahun Baharu Cina", "Perayaan Aidilfitri".
Pusat Sumber turut menyediakan juadah perayaan bersesuaian tema. Sempena Tahun Baharu Cina, setiap pengguna dapat merasai makanan tradisi sinonim perayaan ini - buah limau, kuih bakul, kuih sepit dan kuih kacang. Begitu juga sempena Hari Raya Aidilfitri, Pusat Sumber juga telah menyediakan juadah sinonim hari raya - ketupat, serondeng serta kuih-muih tradisional.
Pengguna Pusat Sumber juga boleh membaca maklumat ini pada ruang pameran berkenaan.