PROGRAM DAN AKTIVITI
PROGRAM DAN AKTIVITI
HARI BERSAMA PELANGGAN IABCU, 9 JANUARI 2025
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT@ PUSAT SUMBER CAWANGAN UTARA 2025
23 APRIL 2025 11.00 PAGI-11.10 PAGI
MESYUARAT PENYELARASAN PERPUSTAKAAN IAB INDUK DAN CAWANGAN (MESYI259B02)
GOTONG ROYONG EKSA SIRI1/2025
LAWATAN PENANDAARAS IPG KAMPUS DARUL AMAN PADA 12 MAC 2025
Objektif Lawatan Penandaarasan -Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman
Lawatan penandaarasan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman yang telah diadakan pada 12 Mac 2025 bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pelaksanaan Galeri MADANI, termasuk susun atur, kandungan, kaedah penyampaian dan pendekatan interaktif yang digunakan. Lawatan ini membolehkan warga IABCU melihat secara terperinci bahan-bahan berkaitan MADANI yang boleh dijadikan rujukan serta mempelajari bagaimana nilai, budaya ilmu dan pendidikan dipersembahkan secara berkesan kepada pengunjung.
Selain daripada pemerhatian, lawatan ini juga memberi peluang untuk mencari bahan-bahan MADANI dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai di mana bahan-bahan tersebut boleh diperoleh, sama ada dalam bentuk fizikal, digital atau melalui pihak berkaitan. Maklumat ini penting bagi merancang pengumpulan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan MADANI di Pusat Sumber IABCU agar lebih sistematik, relevan dan berkesan bagi pelajar, staf dan pengunjung.
Di samping itu, lawatan ini turut menekankan aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan di Pusat Sumber IABCU. Dengan merujuk elemen-elemen Galeri MADANI, IABCU dapat menilai inisiatif yang sedia ada, mengenal pasti ruang penambahbaikan dari segi reka bentuk, susunan bahan, interaktiviti, dan pendekatan penyampaian maklumat. Hasil lawatan ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan Pusat Sumber yang lebih inovatif, informatif dan berperanan sebagai pusat pembudayaan nilai MADANI serta budaya ilmu dalam kalangan warga institusi.
KELAS MDL TELAH DIADAKAN PADA 1–3 JULAI 2025 DENGAN PENGLIBATAN PARA PESERTA YANG MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER IABCU SEBAGAI RUANG PEMBELAJARAN. PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEBAGAI KELAS MEMBERIKAN SUASANA YANG LEBIH KONDUSIF SERTA MENYOKONG KELANCARAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG.
PUSAT SUMBER IABCU TERUS MENJADI NADI ILMU, KALI INI SEBAGAI RUANG PERBINCANGAN UNTUK KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-18 DAN KOLOKIUM KAMI PEMIMPIN PENDIDIKAN DIGITAL MADANI YANG BAKAL BERLANGSUNG PADA 1–4 SEPTEMBER 2025.
PROGRAM AKTIVITI BERSAMA PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERSEMPENA PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA TAHUN 2025 YANG TELAH DIADAKAN PADA 18 SEPTEMBER 2025.
BERMULA 21–23 SEPTEMBER 2025, PESERTA NPQEL MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER SEBAGAI RUANG MENUNGGU SEBELUM SESI VALIDASI.
HEBAHAN GOOGLE SITE PERPUSTAKAAN IABCU BIL1/2025
HEBAHAN E-BUKU BIL1/2025
LAWATAN DARI PIHAK ILP JITRA
“AKTIVITI MENGECAT DINDING HADAPAN PUSAT SUMBER”
Aktiviti ini dilaksanakan bagi menceriakan dinding bawah tangga yang terletak berhadapan Pusat Sumber. Usaha bersama ini berjaya mewujudkan persekitaran yang lebih indah, kondusif dan mesra pengguna.
PROGRAM JOM BACA 10 MINIT SETIAP HARI SELASA SEPANJANG BULAN OKTOBER 2025
Minggu Pertama dan Kedua 6 Oktober 2025 (Selasa)
PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PEMENANG KUIZ KEMERDEKAAN@PUSAT SUMBER IABCU
Anjuran Pusat Sumber Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Hadiah disampaikan oleh Tuan Ayub bin Ahmad,
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.
TUAN HAJI FAZIL BIN AHMAD
ENCIK MOHD FAHMI BIN MOHD YUSOF
ENCIK MUHAMMAD ARIF AZIZI BIN ABU BAKAR
PUAN ZAHANIM BINTI MUSTAFFA
DR. MARDIANA BINTI YUSUF
PUAN SRI BANUN BINTI ABD MALIK
Minggu ketiga 14 Oktober 2025 (Selasa)
Aktiviti Minggu Ketiga: Pertandingan Klik & Baca Anjuran Pusat Sumber IABCU
Tahniah kepada Pemenang Pertandingan Klik & Baca – Minggu Ketiga!
📣 TAHNIAH EN. AZHAN BIN ANUAR!
Tahniah atas kejayaan sebagai Pemenang Klik & Baca – Jom Baca 10 Minit 2025!
Kerja keras, dedikasi dan semangat anda terhadap pembacaan benar-benar menyerlah.
Pencapaian ini mencerminkan kreativiti serta komitmen anda yang tinggi.
Teruslah memberi inspirasi kepada orang lain untuk membaca dan terus berkembang! 📚✨
Sekali lagi, tahniah dan syabas! 👏
-Pusat Sumber IABCU
“Bersama Membudayakan Pembacaan"📖
HEBAHAN BUKU E-PROQUEST
EKTREME CRISIS LEADERSHP: A HANDBOOK FOR LEADING THROUGH THE UNPREDICTABLE
“Buku ini merupakan sumbangan daripada Dr. Balasandran A. Ramiah kepada Pusat Sumber,
dan telah diserahkan melalui wakil, Ts. Dr. Suhaila binti Che Noh.”
Pusat Sumber merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan ikhlas yang menyokong usaha memperkukuh sumber ilmu.
Pusat Sumber IABCU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Encik Azhan bin Anuar, pemenang Aktiviti Minggu Ketiga: Pertandingan Klik & Baca.
Penyampaian hadiah ini merupakan tanda penghargaan atas kreativiti, penglibatan aktif dan sokongan dalam menyemarakkan budaya membaca di IABCU.
Terima kasih atas penyertaan semua warga IABCU.
Teruskan menyokong program galakan membaca anjuran Pusat Sumber IABCU.
“Perbincangan antara Tn. Hj. Ismail dan Pn. Fairosida, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid, diadakan di Pusat Sumber sebagai ruang perbincangan bagi membincangkan pemerkayaan bakat murid melalui program kebitaraan sekolah.”
24 DISEMBER 2025 (RABU)
© 2024 PERPUSTAKAAN IAB CAWANGAN UTARA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Ilmu, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
No.Tel: 04-9147000