1.1 POLISI PINJAMAN
Pinjaman hanya terbuka kepada ahli yang berdaftar sahaja.
Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui e-mel, telefon atau datang sendiri ke Kaunter Perpustakaan.
Koleksi tidak bercetak (cd/pendrive) hanya untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan untuk dipinjam.
Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam. Sebarang kehilangan/kerosakan perlu diganti dengan buku yang sama atau membayar harga semasa bahan atau harga sewaktu dibeli tertakluk kepada mana yang lebih tinggi. Dan tambahan bayaran wang proses sebanyak RM 5 untuk 1 naskah buku.
Bagi Pegawai dan kakitangan yang akan bertugas ke luar negara, bertukar, bersara, berhenti atau cuti belajar wajib mengembalikan bahan yang dipinjam kepada Pusat Sumber IAB dengan kadar segera. Mereka akan diberi notis sebulan awal untuk pemulangan bahan dalam pinjaman.
Pinjaman bahan oleh wakil adalah tidak dibenarkan.
1.2 PENDAFTARAN KEAHLIAN
Pendaftaran keahlian terbuka kepada warga IAB, Peserta kursus jangka panjang (2 Minggu dan ke atas), NPQEL, Peserta kursus jangka pendek (1-2 minggu).
Pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui emel atau datang sendiri ke Kaunter Perkhidmatan Pusat Sumber IAB.
Kakitangan yang berstatus Kontrak/sementara dibenar untuk mendaftar keahlian dengan kebenaran Ketua Jabatan.
Keahlian Pusat Sumber tidak boleh dipindah milik.
No. Ahli (ID) yang digunakan adalah No. Kad Pengenalan ahli.
Pengguna yang telah mendaftar diberi ID dan kata laluan untuk mengakses OPAC pusat sumber. Ahli dibenarkan menukar kata laluan yang diberikan kepada kata laluan sendiri dan boleh membuat transaksi dalam talian seperti membuat tempahan bahan, menyemak status pinjaman bahan, dan lain-lain melalui OPAC Pusat Sumber IAB tersebut.
Pengunjung bukan ahli seperti pelajar, penyelidik dan orang awam tidak boleh membuat pinjaman bahan tetapi dibenarkan membuat rujukan di Pusat Sumber IAB dengan mengisi maklumat peribadi dalam Buku Rekod Pelawat/borang yang disediakan. Pelajar atau penyelidik dikehendaki membawa surat rasmi dari IPTA/IPTS/Organisasi.
Ahli akan didaftarkan di dalam sistem pusat sumber mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORI AHLI
Staf IABCGH
Staf IABCSWK
Staf IABCU
IABCSBH
Staf IABI
IABI Librarian
Library Staf
Peserta Kursus
1.3 PERKHIDMATAN PINJAMAN
Ahli berdaftar layak meminjam bahan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
KATEGORI AHLI TEMPOH PINJAMAN (HARI BEKERJA) JUMLAH BAHAN PINJAMAN
Staf IABCGH 30 Hari 10
Staf IABCSWK 30 Hari 10
Staf IABCU 30 Hari 10
IABCSBH 30 Hari 10
Staf IABI 30 Hari 10
IABI Librarian 30 Hari 10
Library Staf 30 Hari 10
Peserta Kursus 30 Hari 10
Ahli boleh meminjam maksimum sebanyak 10 bahan sahaja dalam satu masa untuk keseluruhan bahan.
Pinjaman antara perpustakaan boleh dilaksanakan antara cawangan Pusat Sumber IAB menggunakan borang yang ditetapkan.
Pinjaman bahan hanya untuk staf IAB dan Peserta kursus jangka panjang (2 Minggu dan ke atas), NPQEL, Peserta kursus jangka pendek (1-2 minggu).
Bahan yang dipulangkan hendaklah berada dalam keadaan baik seperti mana semasa dipinjam. Peminjam bertanggunjawap ke atas kehilangan/kerosakan bahan dipinjam. Sekiranya bahan tersebut hilang atau rosak, peminjam hendaklah memaklumkan pihak pusat sumber dengan kadar segera.
Sekiranya bahan yang dipulangkan didapati rosak, ganti rugi akan dituntut kepada peminjam sama seperti ganti rugi kehilangan bahan. Peminjam dikehendaki membayar denda mengikut kadar yang ditetapkan. Notis akan dihantar kepada peminjam sekiranya bayaran ganti rugi masih belum dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Bahan yang dipinjam tidak boleh dipindah milik. Koleksi rujukan hanya untuk bacaan dan rujukan dalam pusat sumber sahaja dan tidak dibenarkan untuk dipinjam kecuali atas kebenaran Ketua Pustakawan.
Setiap ahli hendaklah memulangkan bahan yang dipinjam mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Setiap ahli dibenarkan membuat pembaharuan bagi setiap bahan yang dipinjam sebanyak satu kali sahaja. Pembaharuan pinjaman bahan tersebut dibenarkan sekiranya tiada tempahan dibuat untuk bahan tersebut dan tidak melebihi tempoh/tarikh pemulangan yang ditetapkan. Pembaharuan boleh dilakukan melalui telefon/email atau datang sendiri ke kaunter pusat perkhidmatan pusat sumber.
Setiap ahli boleh membuat tempahan bahan melalui OPAC pusat sumber/telefon/email atau datang sendiri ke kauter pusat perkhidmatan pusat sumber. Bahan sedang dalam pinjaman sahaja boleh ditempah.Ahli yang membuat tempahan bahan akan dimaklumkan melalui telefon apabila bahan tersebut telah dipulangkan. Bahan yang telah ditempah hanya akan disimpan selama 3 hari bekerja sahaja selepas tarikh bahan tersebut dipulangkan. Sekiranya tidak dituntut,bahan tersebut akan diletakkan semula di rak dan dibuka untuk pinjaman.
Notis pinjaman makluman tamat tempoh peminjaman akan dihantar melalui email melalui 3 hari sebelum tamat tempoh pinjaman.Notis peringatan akan dihantar melalui email selepas 1 hari dari tarikh akhir pinjaman bahan. Pengguna akan dihubungi melalui telefon atau surat sekiranya masih tidak memulangkan bahan selepas tarikh pemulangan. Pengguna dinasihatkan menyemak tarikh pemulangan bahan dan rekod pinjaman OPAC Pusat Sumber.
© 2024 PERPUSTAKAAN IAB CAWANGAN UTARA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Ilmu, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
No.Tel: 04-9147000