Pengguna dikehendaki berpakaian kemas dan sopan ketika berada di dalam Pusat Sumber.
Pengguna dilarang membuat bising di dalam Pusat Sumber supaya tidak mengganggu pengguna lain.
Pengguna tidak dibenarkan membawa makanan, minuman dan merokok di dalam Pusat Sumber.
Barangan peribadi (beg, payung, topi keledar) hendaklah diletakkan di pigeon hole yang disediakan di dalam Pusat Sumber.
Pihak Pusat Sumber tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi yang ditinggalkan di dalam Pusat Sumber.
Tindakan denda akan dikenakan sekiranya pengguna dengan sengaja merosakkan bahan atau peralatan yang disediakan.
Pegawai yang bertugas berhak untuk mengambil tindakan dan meminta pengguna meninggalkan Pusat Sumber sekiranya pengguna tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Pengguna diminta bekerjasama dan memberi perhatian kepada peraturan yang telah ditetapkan untuk menjaga ketenteraman dan melicinkan operasi pentadbiran Pusat Sumber.
© 2024 PERPUSTAKAAN IAB CAWANGAN UTARA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Ilmu, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
No.Tel: 04-9147000