PERKHIDMATAN/FASALITI
PERKHIDMATAN/FASALITI
Kaunter Sirkulasi disediakan di ruang dalam Pusat Sumber untuk memudahkan urusan pinjaman, pemulangan dan pertanyaan pengguna. Kaunter Sirkulasi berfungsi sebagai pusat utama urusan pengguna di Pusat Sumber. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menguruskan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan bacaan, di samping memberikan maklumat asas serta menjawab pertanyaan berkaitan perkhidmatan. Kaunter ini juga menguruskan tempahan ruang perbincangan yang boleh digunakan oleh pelbagai pihak seperti pensyarah, peserta yang ingin mengadakan kelas, sstaftaf yang memerlukan ruang perbincangan atau mesyuarat, serta lain-lain pengguna Pusat Sumber.
Ruang ini disediakan khas untuk pengguna yang memerlukan suasana tenang dan kondusif bagi tujuan bacaan serta pembelajaran individu. Pengguna digalakkan untuk menjaga ketenangan ruang ini agar setiap orang dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti bacaan dan pembelajaran.
Ruang ini disediakan untuk aktiviti bacaan, pembelajaran kendiri, perbincangan kumpulan kecil, sesi kuliah serta mesyuarat staf. Dengan suasana yang kondusif dan selesa, ruang ini diharap dapat menggalakkan warga memanfaatkan kemudahan Pusat Sumber sebagai pusat ilmu, pembelajaran dan perkongsian idea.
Pusat Sumber menyediakan kemudahan pandang dengar yang dilengkapi televisyen/skrin serta siaran audio visual untuk menyokong pelbagai aktiviti. Kemudahan ini digunakan bagi tujuan perbincangan, pembentangan dan tontonan, di samping menyiarkan maklumat seperti aktiviti IABCU, program anjuran, video EKSA serta lain-lain bahan bermanfaat untuk warga.
© 2024 PERPUSTAKAAN IAB CAWANGAN UTARA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Ilmu, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah
No.Tel: 04-9147000