JOM PAKAT MASUK ADTEC KULIM
Teknologi Telekomunikasi
Kursus ini memberi penekanan dalam mereka bentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi. Kandungan kursus ini meliputi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX. sistem analog. digital dan penggunaan teknologi terkini iaitu tanpa wayar, fiber optik dan penyelengaraan rangkaian telekomunikasi. Kandungan kursus ini juga dilengkapi dengan teknik pengendalian dan mengurus Customer Access Network (CAN) dalam mengenalpasti kerosakan sistem.
Tempoh latihan
3 tahun (kemasukan dari lepasan SPM), 5 semester di ADTEC dan 6 bulan latihan industri.
11/2 tahun (kemasukan dari lepasan SKM3), 2 semester di ADTEC dan 6 bulan latihan industri
Peluang pekerjaan
Setelah tamat pengajian pelajar-pelajar boleh bekerja sebagai Juruteknik fiber optik, Juruteknik Pemasangan Talian Penghantaran, Site Supervisor dan Network Administrator atau apa saja jawatan yang berkaitan telekomunikasi dan elektronik di dalam sektor perkilangan.
Syarat Kemasukan
Memiliki SPM dengan
Lulus matematik / matematik tambahan ; dan
Lulus satu (1) subjek lain selain (a), Bahasa Melayu dan Sejarah
ATAU (untuk kemasukan terus ke semester 4)
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
(a) D-210-3: Juruteknik Telekomunikasi-Pemasangan; atau
(b) D-211-3: Juruteknik Telekomunikasi-Penyelenggaraan; atau
(c) EE-321-3:2012: Pemasangan dan Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran