MEKATRONIK
JOM PAKAT MASUK ADTEC KULIM
MEKATRONIK
Teknologi Mekatronik
Kursus ini adalah gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan penggunaan robot yang meluas. Objektif kursus ini adalah untuk melatih pelajar supaya boleh menggunakan pelbagai sistem seperti hidraulik dan elektrohidraulik , pneumatik dan elektropneumatik, sistem elekrik dan elektronik, sistem automasi dan sistem robotik. Pelajar juga akan dilatih agar boleh mereka bentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.
Tempoh latihan
3 tahun (kemasukan dari lepasan SPM), 5 semester di ADTEC dan 6 bulan latihan industri.
11/2 tahun (kemasukan dari lepasan SKM3), 2 semester di ADTEC dan 6 bulan latihan industri
Peluang pekerjaan
Setelah tamat pengajian pelajar-pelajar boleh bekerja sebagai Juruteknik Mekatronik, Automation Technical , Pengaturcaraan PLC dan Robotic atau apa saja jawatan yang berkaitan elektronik dan mekanikal di dalam sektor perkilangan.
Syarat Kemasukan
Memiliki SPM dengan
Lulus matematik / matematik tambahan ; dan
Lulus satu (1) subjek lain selain (a), Bahasa Melayu dan Sejarah
ATAU (untuk kemasukan terus ke semester 4)
Mempunyai Sijil KemahiranMalaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
(a) H-170-3 / H-176-3 : Juruteknik Automasi Senior; atau
(b) MC-091-3:2013 : Industrial Automation Engineering Supervision; atau
(c) MC-091-3:2016 : Industrial Automation Engineering System Assembly.