JOM PAKAT MASUK ADTEC KULIM
RAKAN ANDA DALAM LATIHAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI TINGGI
Kepada para pelawat, ADTEC Kulim adalah merupakan salah satu Institut Latihan Kemahiran Awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Menawarkan 5 kursus kemahiran :-
Mekanikal Pembuatan Pemesinan
Mekanikal Pembuatan Perkakasan
Elektronik
Mekatronik
Telekomunikasi
Kami menjalankan latihan kemahiran dengan tenaga pengajar yang berpengalaman berpandukan kepada silibus yang berasaskan kepada industri, Sistem pembelajaran yang dijalankan adalah 60% amali dan 40% teori.
TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN
SYARAT KEMASUKAN
Lepasan SPM
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35 tahun.
Memiliki SPM dengan
a. Lulus Matematik/Matematik Tambahan dan
b. Lulus Satu (1) subjek lain selain Bahasa Melayu dan Sejarah.
Lepasan SKM tahap 3
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 untuk bidang-bidang yang berkaitan
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (untuk lepasan SPM) @ 1 1/2 tahun (untuk lepasan Sijil Kemahiran Malaysia) pada semester akhir pelajar akan menjalani latihan Industri selama 6 bulan, Penginapan dan makanan disediakan sepenuhnya sepanjang pengajian.
YURAN PENGAJIAN
Lepasan SPM ( 3 Tahun)
Yuran pengajian = Rm 7,500.00 ( Rm 1,500.00 - setiap sem)
Yuran asrama = Rm 1,540.00 (RM 308.00 - setiap sem)
Makanan PERCUMA akan disediakan.
Lepasan SKM [Sijil Kemahiran Tahap 3] ( 1 1/2 Tahun)
Yuran pengajian = Rm 3,000.00 ( Rm 1,500.00 - setiap sem)
Yuran asrama = Rm 616.00 (RM 308.00 - setiap sem)
Makanan PERCUMA akan disediakan.
Kemudahan pinjaman PTPK disediakan untuk mereka yang layak.
PENGANUGERAHAN DIPLOMA
Selesai pengajian pelajar akan dianugerahkan 2 diploma iaitu Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia, keboleh pasaran kerja yang tinggi di industri disamping itu juga pelajar-pelajar boleh juga menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan (MTUN Univesiti).
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA YANG DIIKTIRAF MQA
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN SERTA KEMUDAHAN
BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI ?
SILA IMBAS KOD QR
atau
ke laman web kami untuk pendaftaran ONLINE