JOM PAKAT MASUK ADTEC KULIM
ADTEC KULIM menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi memberi keselesaan kepada pelajar, supaya sesi pengajian dapat dilalui dengan selesa dan kondusif. Berikut ini adalah antara kemudahan tersebut
Bagi pelajar-pelajar ADTEC adalah diwajibkan untuk menginap di ASRAMA sepanjang pengajian. Sebanyak 3 blok disediakan iaitu 2 blok untuk pelajar lelaki dan satu blok bagi pelajar perempuan dengan jarak beberapa langkah ke tempat pengajian.
Di asrama juga disediakan Dewan Makan , kedai serbanika, kemudahan mesin basuh dan juga beberapa lokasi untuk beriadah serta beristirehat
SURAU
Bagi mengimbangi jasmani dan rohani pelajar juga disediakan surau yang luas dan besar yang terletak di pertengahan di antara asrama dan bangunan pengajian, dengan berlatarkan pemandangan yang cantik dan aman.
DEWAN SERBAGUNA
Dewan Seri Mahang adalah satu kemudahan untuk menjalankan aktivit ko-kurikulum, mempunyai 6 gelangang badminton bagi memudahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti riadah dan sukan 'indoor' .
DEWAN KULIAH UTAMA
Dewan Kuliah Utama adalah tempat di mana diadakan kuliah-kuliah pembelajaran atau majlis-majlis rasmi, mempunyai dewan yang berhawa dingin dan dewan kuliah yang boleh menempatkan 300 orang pada satu-satu masa.
Bahagian ini terdapatnya perpustakaan tempat di mana pelajar boleh membuat rujukan dan tempat perbincangan, disediakan juga perkhidmatan penggunaan komputer dan percetakan, ruangan yang luas dan dilengkapi dengan sambungan internet Wi-Fi percuma untuk kegunaan pelajar-pelajar.
Bagi pelajar-pelajar yang minat bermain bola sepak, futsal dan bola jaring boleh bermain selepas waktu kuliah, padang permainan yang luas dan kedudukannya yang strategik diatas bukit.
KEMBALI KE LAMAN UTAMA