KEMAHIRAN PENUTUP
Kemahiran penutup memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pengukuhan konsep dan kemahiran yang telah dicapai oleh seseorang murid apabila telah berlangsungnya satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesuai dengan namanya sebagai 'penutup' sesebuah proses PdP, kemahiran penutup menurut Mok Soon Sang (2012), adalah merangkumi aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan. Ianya bertujuan mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah diperkenalkan oleh guru supaya wujud perasaan pencapaian dalam kalangan murid
Menurut Philip (1987) di dalam buku beliau "Closure: The fine art of making learning stick", kemahiran penutup memperinci tentang gambaran menyeluruh (What the pupils learn), dan mengwujudkan perasaaan pencapaian iaitu bagaimana ia menjadi satu pengajaran yang bermakna kepada murid (How the lesson can be useful)
CONTOH RPH BAHAGIAN PENUTUP
(perkataan yang berwarna merah)
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CONTOH BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Tarikh : ___________
Masa : ___________
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Bilangan Murid : ________
Tema : Kesihatan
Tajuk : Hospital
Fokus Utama:
Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Aras 1
i. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
Fokus Sampingan:
Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1
i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.
Objektif:
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran diharap murid-murid dapat:
i. menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
iii. Mencatat secara ringkas maklumat yang diperoleh
iv. Membina ayat majmuk berdasarkan rangkai kata yang diberi.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mempelajari cara memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran menulis
Sistem Bahasa
a) Tatabahasa; Kata nama am, Ayat arahan
b) Kosa Kata; farmasi, x-ray, makmal, wad kecemasan, wad bersalin, lintasan belang
Pengisian Kurikulum
a) Ilmu – pendidikan kesihatan
b) Nilai Murni – kebersihan, menghargai
c) Kemahiran Bernilai Tambah
i. Kemahiran Berfikir
Mengenal pasti sebab akibat
Menyelesaikan masalah
Mentafsir
ii. Teori Kecerdasan Pelbagai
Interpersonal
iii. Konstruktivisme
iv. Kontekstual
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Soalan guru
1.Apakah kejadian yang terdapat dalam gambar ?
Kemalangan di jalan raya.
2.Bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku?
Kerana lalai, mengantuk dll.
3.Siapakah yang terlibat dalam kejadian itu?
Pemandu , penumpang, pejalan kaki dll.
4.Di manakah mangsa itu dirawat?
Hospital, klinik, bomoh patah (sangkal putong)
Set Induksi (5 minit)
1.Guru mempamerkan beberapa keping gambar kemalangan di jalan raya?
2.Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid tentang gambar-gambar tersebut.
3.Guru minta murid memberi keterangan yang lengkap tentang gambar tersebut.
BBM
1.Gambar-gambar kemalangan di jalan raya.
2. KBKK
Mengenal pasti sebab akibat
3. Nilai:
Kerjasama
Prihatin
4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Konstruktivisme
Panduan tunjuk arah ke bilik Farmasi.
Kamu berada di bilik menunggu. Pergi ke Blok C di hadapan bilik menunggu. Pergi pula ke bilik rawatan C. Bilik rawatan C terletak di sebelah bilik pengimejan. Dari bilik rawatan C, pergi pula ke bilik pengimejan. Kemudian, dari bilik pengimejan jalan menghala ke kanan hingga sampai di simpang. Kemudian, belok ke kiri menuju ke bilik farmasi. Bilik farmasi terletak berhadapan dengan Blok B.
Langkah 1 (15 minit)
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Guru mengedarkan Lembaran Pelan Hospital kepada setiap murid dalam kumpulan.
3. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang disebut oleh guru berdasarkan lembaran itu.
4. Guru meminta murid meneliti pelan dan baca panduan tunjuk arah ke bilik farmasi.(KBKK)
5. Murid mencatat kata arah dalam ayat yang diberi dalam lembaran kerja.
BBM
1.Lembaran Kerja
Aktiviti 1;Pelan Hospital
2. Jadual ayat arahan
3.Nilai:Kerjasama
4. KBT, KBKK
Mentafsir
Catatkan tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberi.
dari perhentian bas
melalui lintasan belang
laluan basikal
lampu isyarat
di simpang empat
papan tanda pusingan U
Langkah 2 ( 15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja aktiviti 2 kepada semua pelajar?
2 Guru meminta murid-murid melakonkan cara mereka menerangkan tunjuk arah menuju ke hospital kepada seorang wanita. (KBKK & Nilai)
3. Murid mencatat tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberikan
BBM
1. Pelan Perjalanan Ke Hospital
2. KBT
KBKK
Menyelesaikan masalah
3. Nilai
Baik hati
4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kontekstual
Saya dan adik mengikut bapa ke hospital. Saya diminta oleh bapa menasihati adik yang sedang berlari-lari
Cadangan jawapan dialog
‘Adik jangan berlari-lari kerana ini kawasan hospital’
‘Maaf kak , saya tak tahu. Saya berjanji tidak buat lagi’
Langkah 3 (10 minit)
Situasi 1
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 3.
2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.
3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.
4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
(KBT & Nilai)
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 3
2. KBT
Kecergasan Pelbagai
Interpersonal
3. Nilai
Hormat menghormati
Sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, adik saya telah bermain di taman permainan. Ibu meminta saya memanggil adik keran sudah tiba gilirannya untuk berjumpa dengan doktor.
Cadangan jawapan dialog
‘Adik dah tiba giliran kamu untuk berjumpa doktor’
‘Baiklah kak, saya datang sekarang’
(kesantunan bahasa)
Langkah 4 (10 minit)
Situasi 2
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 4
2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.
3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.
4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 4
2. Pengisian Kurikulum
Peraturan sosio budaya
Kesantunan bahasa
3. Nilai
Kasih sayang
Kata Hubung
kemudian, lalu
Sambil, Tetapi , Kecuali
Rangkai kata
1. mengambil ubat –singgah di kantin
Ali mengambil ubat kemudian singgah di kantin.
2. Menjalani rawatan – berbual dengan doktor
3. dilanggar kereta – mangsa kemalangan
4. semua kemudahan – makmal darah
5. taun penyakit berjangkit – darah tinggi penyakit tidak berjangkit
(nilai)
Penutup (5 minit)
1 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Guru mengedarkan Lembaran kerja 5 kepada setiap murid dalam kumpulan.
3. Guru meminta murid membina ayat majmuk lisan berdasarkan rangkai kata dan kata hubung yang diberi.
4. Guru meminta murid membina ayat secara bertulis di dalam buku latihan sebagai kerja rumah.
BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 5
2. Sistem Bahasa
Morfologi – kata majmuk
3. Nilai;Rajin