PENGENALAN
Pendekatan STEM ialah PdP yang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri, penyelesaian masalah atau projek dalam konteks kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan serta global.
PdP STEM yang kontekstual dan autentik dapat menggalakkan pembelajaran mendalam dalam kalangan murid. Murid boleh bekerja secara berpasukan atau secara individu mengikut kemampuan murid ke arah membudayakan amalan STEM seperti berikut:
Menyoal dan mengenal pasti masalah.
Membangunkan dan menggunakan model.
Merancang dan menjalankan penyiasatan.
Menganalisis dan mentafsirkan data.
Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasional.
Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian.
Melibatkan diri dalam perbahasan dan perbincangan berdasarkan eviden.
Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat tersebut.
Pemikiran komputasional adalah proses kognitif yang terlibat dalam merumuskan masalah dan penyelesaiannya supaya penyelesaian ini dapat diwakili dalam bentuk yang boleh dilaksanakan oleh manusia dan atau komputer secara efektif. Pemikiran komputasional membantu murid menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik supaya masalah yang kompleks dapat diselesaikan dengan mudah.
Aktiviti PdP yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pembelajaran sains yang kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Penentuan aktiviti PdP seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada.
Ciri-ciri PdP STEM
Jenis Aktivti PdP