3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM
Standard Kualiti
Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik.
Tindakan untuk mencapai standard
Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, jelas, mengambil kira keperluan sekolah
dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa
Tahap Tindakan
Mengurus pelaksanaan kurikulum dengan:
i. Membuat ketetapan
ii. Mendokumenkan ketetapan
iii. Menyebarluaskan ketetapan
iv. Menyemak semula ketetapan
v. Membuat tindakan susulan/penambahbaikan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Secara menyeluruh meliputi semua perkara (penubuhan panitia mata pelajaran, peruntukan, kewangan, pentaksiran, latihan/ tugasan dan sumber pendidikan)/semua guru.
ii. Dengan mengambil kira keperluan/ kesesuaian sekolah/mematuhi arahan yang berkuat kuasa
iii. Secara jelas/spesifik
iv. Dengan mekanisme yang sesuai.
3.1.2 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM
Standard Kualiti
Keperluan pelaksanaan mata muridan diurus secara sistematik.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Mengurus keperluan pelaksanaan mata muridan dengan memperoleh dokumen terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan, menganalisis
dan memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara menyeluruh.
Tahap Tindakan
Mengurus keperluan pelaksanaan mata muridan dengan:
i. Memperoleh dokumen kurikulum yang terkini
ii. Menyelaras penyediaan RPT dan RPH
iii. Menyelaras pentaksiran
iv. Menyelaras tugasan/latihan murid
v. Menganalisis data dan maklumat pentaksiran
vi. Memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
v. dengan mematuhi ketetapan kurikulum/surat pekeliling/surat siaran/dasar KPM
vi. berdasarkan keperluan (murid/ topik/ peristiwa)/kesesuaian pelaksanaan kurikulum
vii. secara menyeluruh meliputi semua tahap/ tingkatan/murid.
3.1.3 PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL
Standard Kualiti
Masa pelaksanaan PdP diurus secara terancang
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Menyediakan pelbagai jadual waktu, melaksanakan PdP seperti yang dijadualkan, menyusun semula jadual waktu dan menyelaras program sekolah mengikut ketetapan,
keperluan dan menyeluruh..
Tahap Tindakan
Mengurus masa pelaksanaan PdP dengan:
iv. Menyediakan jadual waktu kelas, jadual waktu guru, jadual waktu guru ganti dan jadual penggunaan bilik khas
v. Melaksanakan PdP seperti yang dijadualkan
vi. Menyusun semula jadual waktu vii.menyelaras program sekolah
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
iv. Mengikut ketetapan/prosedur
v. Mengikut keperluan/kesesuaian
vi. Secara menyeluruh meliputi semua kelas, bilik khas, mata muridan dan program.
3.1.3 PENGURUSAN PENILAIAN MURID
Standard Kualiti
Peperiksaan dan pentaksiran diurus secara sistematik dan terancang
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang, menyelaras dan melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat serta mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus peperiksaan dan pentaksiran dengan:
i. Merancang peperiksaan dan pentaksiran
ii. Menyelaras peperiksaan dan pentaksiran
iii. Melaksanakan peperiksaan dan pentaksiran
iv. Menganalisis data dan maklumat peperiksaan dan pentaksiran
v. Mengambil tindakan susulan/intervensi.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
v. Mengikut ketetapan/arahan yang berkuatkuasa
vi. Mengikut keperluan/kesesuaian
vii. Secara menyeluruh meliputi semua mata muridan dan murid
viii. Secara berterusan/berkal