3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
Standard Kualiti
Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan untuk mencapai standard
Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa, mengikut keperluan sekolah, secara menyeluruh dan jelas.
Tahap Tindakan
Mengurus pelaksanaan hal ehwal murid dengan:
i. Membuat ketetapan
ii. Mendokumenkan ketetapan
iii. Menyebarluaskan ketetapan
iv. Menyemak semula ketetapan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Secara menyeluruh meliputi semua perkara (disiplin, keselamatan, kesihatan, bantuan muridan murid, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling)/semua guru
ii. Mengikut keperluan/ kesesuaian sekolah
iii. Dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa/ prosedur
iv. Secara jelas/spesifik.
3.3.2 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
Standard Kualiti
Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan dan prosedur operasi standard keselamatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus keselamatan murid dengan:
i. Menyebarluaskan peraturan dan prosedur operasi standard keselamatan.
ii. Menguatkuasakan peraturan dan prosedur operasi standard keselamatan.
iii. Merancang program pencegahan dan kesedaran keselamatan.
iv. Melaksanakan program pencegahan dan kesedaran keselamatan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mematuhi ketetapan keselamatan/ prosedur/arahan yang berkuat kuasa.
ii. Secara menyeluruh meliputi semua aspek keselamatan sekolah/warga sekolah.
iii. Secara berterusan/berkala.
iv. Dengan mekanisme yang sesuai.
3.3.3 PENGURUSAN KESIHATAN MURID
Standard Kualiti
Program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Menyelaras pemeriksaan kesihatan, merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang bermaklumat dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus program dan perkhidmatan kesihatan dengan:
i. Menyelaras pemeriksaan kesihatan/rawatan/ imunisasi
ii. Merancang program pencegahan dan kesedaran kesihatan
iii. Melaksanakan program pencegahan dan kesedaran kesihatan.
iv. Mewujudkan persekitaran yang bermaklumat tentang kesihatan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mematuhi ketetapan perkhidmatan kesihatan/prosedur/arahan yang berkuat kuasa
ii. Secara menyeluruh meliputi semua murid/ aspek kesihatan
iii. Secara berterusan/berkala
iv. Dengan mekanisme yang sesuai.
3.3.4 PENGURUSAN BANTUAN PEMBELAJARAN MURID
Standard Kualiti
Bantuan muridan murid diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Mengenal pasti jenis bantuan dan murid yang layak, merekodkan maklumat dan memantau prestasi murid dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus bantuan muridan murid dengan:
i. Mengenal pasti jenis bantuan
ii. Mengenal pasti murid yang layak
iii. Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan
iv. Memantau prestasi/kemajuan murid yang menerima bantuan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mematuhi ketetapan bantuan muridan murid/prosedur/arahan yang berkuat kuasa.
ii. Secara menyeluruh meliputi semua murid/ jenis bantuan
iii. Secara berterusan/berkala.
iv. Dengan mekanisme yang sesuai.
3.3.5 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
Standard Kualiti
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan sesi dan program bimbingan dan kaunseling dengan mekanisme yang sesuai, mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan dan secara berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan:
i. Merancang sesi bimbingan/kaunseling
ii. Melaksanakan sesi bimbingan/kaunseling
iii. Merancang program bimbingan dan kaunseling
iv. melaksanakan program bimbingan dan kaunseling.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid/ prosedur/arahan yang berkuat kuasa
ii. Mengikut keperluan murid/isu semasa
iii. Secara berterusan/berkala.
iv. Dengan mekanisme yang sesuai.