1.1 PGB SEBAGAI PENERAJU
Standard Kualiti
Menetapkan hala tuju sekolah secara terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Membuat analisis, menentukan sasaran, mendokumen dan menyebarluaskan hala tuju secara menyeluruh, jelas dan mengambil kira keperluan sekolah.
Tahap Tindakan
Menetapkan hala tuju sekolah dengan:
i. Membuat analisis SWOT/analisis lain yang bersesuaian
ii. Menentukan sasaran/Petunjuk Prestasi Utama
iii. Mendokumenkan hala tuju yang ditetapkan
iv. Menyebarluaskan hala tuju yang ditetapkan
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. Secara menyeluruh meliputi bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid/warga sekolah
ii. Mengikut keperluan sekolah (latar belakang murid, sumber dan prasarana sekolah serta perkembangan pendidikan semasa)/ kesesuaian
iii. Secara jelas
1.2 PGB SEBAGAI PEMBIMBING
Standard Kualiti
Memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru dan AKP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa.
Tahap Tindakan
Memberi bimbingan dengan:
i. Memberi taklimat/bengkel/kursus/ceramah
ii. Memberi panduan/tunjuk ajar/tunjuk cara/ nasihat/penerangan
iii. Memberi maklum balas berkaitan prestasi kerja.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mengikut keperluan/kesesuaian tugas/ perkembangan terkini
ii. Secara jelas/spesifik
iii. Secara menyeluruh meliputi semua guru dan AKP
iv. Dari semasa ke semasa/berkala.
1.3 PGB SEBAGAI PENDORONG
Standard Kualiti
Mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Melaksanakan tugas berkualiti, mempamerkan penampilan diri berwibawa, bertindak sebagai pakar rujuk dan memperlihatkan komunikasi yang berkesan secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh.
Tahap Tindakan
Mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan dalam:
i. Melaksanakan tugas berkualiti
ii. Mempamerkan penampilan diri berwibawa
iii. Bertindak sebagai pakar rujuk
iv. Memperlihatkan komunikasi yang berkesan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan secara:
i. Tekal
ii. Bersungguh-sungguh/bertanggungjawab
iii. Menyeluruh meliputi semua bidang tugas/ situasi.