3.2.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Standard Kualiti
Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang
Tindakan untuk mencapai standard
Membuat, mendokumen, menyebar luas dan menyemak semula ketetapan serta membuat tindakan susulan dengan mematuhi arahan yang berkuatkuasa mengikut keperluan sekolah secara menyeluruh dan jelas.
Tahap Tindakan
Mengurus pelaksanaan kokurikulum dengan:
i. Membuat ketetapan
ii. Mendokumenkan ketetapan
iii. Menyebarluaskan ketetapan
iv. Menyemak semula ketetapan
v. Membuat tindakan susulan/penambahbaikan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. Secara menyeluruh meliputi semua perkara (pendaftaran/penubuhan, keahlian, hari dan masa perjumpaan, pengiktirafan dan penghargaan)/semua guru
ii. Sengan mengambil kira keperluan/kesesuaian sekolah/mematuhi arahan yang berkuat kuasa
iii. secara jelas/spesifik dengan mekanisme yang sesuai.
3.2.2 PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN
Standard Kualiti
Kelab/persatuan diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan aktiviti kelab/persatuan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/inovasi, merekod dan menganalisis data serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus kelab/persatuan dengan:
i. merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti/ inovasi
ii. melaksanakan aktiviti yang dirancang merekod data dan maklumat
iii. menganalisis data dan maklumat mengambil tindakan susulan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. dengan mematuhi ketetapan kokurikulum/ arahan yang berkuat kuasa/kurikulum kelab/ persatuan
ii. mengikut keperluan/kesesuaian/keupayaan
iii. secara menyeluruh/kemas kini/tepat dan betul
iv. secara berterusan/berkala
Petunjuk Prestasi Indeks (KPI)
i. Bimbingan dan Sokongan : Memberikan bimbingan yang berkesan kepada ketua kelab dan ahli dalam merancang serta melaksanakan aktiviti. Diukur berdasarkan seberapa berkesannya bimbingan yang diberikan.
ii. Pemantauan Aktiviti : Keberkesanan dalam memantau dan menyelia aktiviti yang dijalankan oleh kelab atau persatuan. KPI ini boleh diukur melalui laporan dan kemajuan aktiviti.
iii. Penglibatan dalam Mesyuarat : Penyertaan aktif dalam mesyuarat dan perancangan program kelab.
iv. Pemenuhan Objektif Kelab : Kejayaan kelab mencapai objektif yang telah ditetapkan (contohnya, penglibatan pelajar dalam pertandingan atau projek).
v. Pembentukan Karakter Pelajar : Keberkesanan dalam membantu pelajar membina kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama, dan pengurusan masa.
3.2.3 PENGURUSAN SUKAN & PERMAINAN
Standard Kualiti
Persatuan sukan permainan diurus secara sistematik dan terancang
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan permainan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti / inovasi, merekod dan menganalisis data serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus sukan permainan dengan :
i. Merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti / inovasi
ii. Melaksanakan aktiviti yang dirancang merekod data dan maklumat
iii. Menganalisis data dan maklumat mengambil tindakan susulan.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. Dengan mematuhi ketetapan kokurikulum / arahan yang berkuat kuasa / kurikulum sukan permianan
ii. Mengikut keperluan / kesesuaian / keupayaan
iii. Mecara menyeluruh / kemas kini / tepat dan betul
iv. Secara berterusan / berkala
Petunjuk Prestasi Indeks (KPI)
i. Bilangan Ahli Aktif : Jumlah pelajar yang terlibat secara aktif dalam sukan permainan ( latihan, pertandingan, dan perjumpaan kokurikulum). Minimum 70% daripada ahli persatuan mesti hadir dalam latihan dan aktiviti persatuan.
ii. Pencapaian Dalam Pertandingan : Prestasi kelab sukan dalam pertandingan peringkat sekolah, daerah, negeri, atau kebangsaan. Keputusan dalam pertandingan mesti sekurang-kurangnya berada dalam 3 tempat teratas peringkat daerah.
iii. Kualiti Latihan : Keberkesanan program latihan yang dijalankan, dari segi peningkatan prestasi dan kecekapan atlet. Latihan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu / 2 minggu sebelum kejohanan.
iv. Pengurusan Sumber Manusia (Jurulatih dan Penasihat) : Kecekapan jurulatih atau penasihat dalam melatih dan membimbing atlet. Jurulatih mendapat latihan atau peningkatan profesional sekurang-kurangnya sekali setahun
3.2.4 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
Standard Kualiti
Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan/permainan yang berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi, merekod, menganalisis dan memanfaatkan data dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum, mengikut keperluan, secara menyeluruh dan
berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus sukan/permainan dengan:
i. Merancang aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi
ii. Melaksanakan aktiviti yang dirancang
iii. Merekod data dan maklumat
iv. Menganalisis data dan maklumat
v. Memanfaat data dan maklumat.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. Dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum/arahan yang berkuat kuasa/kurikulum sukan/permainan
ii. Mengikut keperluan/ kesesuaian/keupayaan
iii. Secara menyeluruh/lengkap/kemas kini/tepat dan betul
iv. Secara berterusan/berkala
3.2.5 PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
Standard Kualiti
Program kecemerlangan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan latihan dan program kecemerlangan kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan mengikut keperluan, secara kreatif dan inovatif, menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus program kecemerlangan kokurikulum dengan :
i. Merancang latihan peningkatan kemahiran
ii. Melaksanakan latihan peningkatan kemahiran
iii. Merancang program pemantapan
iv. Melaksanakan program pemantapan
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. mengikut keperluan/kesesuaian
ii. secara menyeluruh meliputi sekurang-kurangnya satu unit bagi setiap kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan
iii. secara berterusan/berjadual/sepanjang tahun
iv. secara kreatif dan inovatif
3.2.6 PENGURUSAN SUKAN UNTUK SEMUA
Standard Kualiti
Aktiviti Sukan Untuk Semua diurus secara profesional dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan aktiviti Sukan Untuk Semua yang merangkumi kejohanan merentas desa, kejohanan tahunan olahraga sekolah dan pertandingan sukan/permainan dengan mematuhi ketetapan kokurikulum,mengikut keperluan, secara kreatif dan inovatif serta menyeluruh.
Tahap Tindakan
Mengurus aktiviti Sukan Untuk Semua dengan:
i. Merancang kejohanan merentas desa, sukan tara dan kejohanan tahunan olahraga sekolah
ii. Merancang pertandingan antara tingkatan/kelas/rumah/dorm asrama/kelab sukan sekolah
iii. Melaksanakan kejohanan merentas desa, sukan tara dan kejohanan tahunan olahraga sekolah
iv. Melaksanakan pertandingan antara tingkatan/kelas/rumah/dorm asrama/kelab sukan sekolah
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan :
i. Dengan mematuhi ketetapan pelaksanaan kokurikulum/arahan yang berkuat kuasa
ii. Secara menyeluruh melibatkan semua murid yang berkenaan
iii. Mengikut keperluan/kesesuaian
iv. Kreatif dan inovatif.
3.2.7 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM
Standard Kualiti
Pentaksiran kokurikulum dilaksanakan secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang dan melaksanakan pentaksiran, menganalisis data dan maklumat kokurikulum serta mengambil tindakan susulan mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan,secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus pentaksiran kokurikulum dengan:
i. Merancang pentaksiran
ii. Melaksanakan pentaksiran
iii. Menganalisis data dan maklumat pentaksiran
iv. Mengambil tindakan susulan/intervensi.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Mengikut ketetapan/prosedur/arahan yang berkuat kuasa
ii. Mengikut keperluan/kesesuaian
iii. Secara menyeluruh meliputi setiap murid yang terlibat
iv. Secara berterusan/berkala.
3.2.8 PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN KOPERASI
Standard Kualiti
Pengurusan dan pengoperasian dilaksanakan secara sistematik dan terancang.
Tindakan Untuk Mencapai Standard
Merancang, melaksanakan, menyusun strategi pengoperasian dan menyediakan keperluan serta mengambil tindakan pengoperasian mengikut arahan yang berkuat kuasa, keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus pengoperasian dengan:
i. Merancang menyediakan keperluan dan pengoperasian
ii. Melaksanakan pengoperasian
iii. Menganalisis maklumat dan bahan keperluan pengoperasian
iv. Mengambil tindakan susulan/intervensi terhadap penambahbaikan pengoperasian.
Tahap Kualiti
Tindakan dilaksanakan:
i. Mengikut ketetapan / prosedur / arahan yang berkuat kuasa
ii. Mengikut keperluan / kesesuaian
iii. Secara menyeluruh meliputi setiap murid yang terlibat
iv. Secara berterusan / berkala.