1. Untuk mengetahui waktu perkhidmatan perpustakaan, sila klik di sini untuk butiran lanjut.
Maklumat Tambahan
Tarikh dan waktu perkhidmatan tambahan semasa minggu peperiksaan tidak tetap dan akan berubah. Pihak Perpustakaan akan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada semua pengguna dan notis makluman turut diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.
1. Bagaimanakah keahlian Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu?
Warga Politeknik Kota Kinabalu iaitu pelajar dan staf secara automatik menjadi ahli perpustakaan.Â
2. Bayaran untuk menjadi ahli?
Percuma
2. Adakah pelawat yang bukan ahli boleh berkunjung ke perpustakaan?
 Boleh, tetapi perlu memaklumkan kepada pegawai yang bertugas di kaunter sirkulasi.
Jika pelawat/pengguna perpustakaan adalah penyelidik, surat pengesahan yang menyatakan tujuan penyelidkan perlu dibawa dan ditunjukkan sebelum menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
1. Berapakah kelayakan pinjaman ahli perpustakaan dan tempoh pinjaman yang dibenarkan?
Maklumat lanjut sila klikÂ
2. Adakah semua jenis bahan rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan boleh dipinjam oleh pengguna?
Bahan Koleksi Rak Terbuka boleh dipinjam oleh semua pengguna.
Koleksi yang mempunyai label berwarna merah hanya boleh di rujuk di dalam perpustakaan sahaja.
3. Â Â Bolehkan saya melanjutkan tempoh pinjaman buku dan apa apa yang perlu dilakukan?
 Boleh, dengan syarat tiada pengguna lain yang telah menempah buku tersebut. Pengguna hanya perlu datang ke kaunter sirkulasi perpustakaan dan berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk memperbaharui tarikh peminjaman.Â
4. Apa yang akan berlaku sekiranya pengguna terlewat mengembalikan buku yang dipinjam?
 Memo Peringatan Pertama - Pengguna akan menerima memo peringatan atas nama peminjam.
Memo Peringatan Kedua -Â Pihak Perpustakaan akan memberi memo peringatan kepada pengguna melalui ketua jabatan akademik/unit
Sekiranya peminjam gagal untuk mengembalikan buku yang dipinjam selepas dua memo peringatan diberikan, nama pelajar tersebut akan diberi kepada UnitÂ
        Peperiksaan untuk penahanan daripada menduduki peperiksaan pada semester tersebut.
5. Adakah denda yang perlu dibayar kerana lewat mengembalikan buku?
Tiada
6. Sekiranya buku yang dipinjam hilang atau rosak?
Jika buku yang dipinjam hilang atau rosak, peminjam perlu melaporkan dengan segera kepada pegawai yang bertugas di kaunter sirkulasi.
   Peminjam perlu membayar harga buku atau mengantikan dengan buku baharu dengan tajuk yang sama.
7. Bolehkah pelawat atau pengguna yang bukan ahli perpustakaan meminjam buku?
Pengguna yang bukan ahli tidak dibenarkan untuk meminjam buku perpustakaan.
      Â
1. Sekiranya pengguna ingin meminjam atau memulangkan buku, dimanakah tempat pengguna perlu berurusan.
Pengguna perlu berurusan di kanunter sirkulasi dan berhubung dengan pergawai yang bertugas.
2. Bagaimana untuk mencari bahan di dalam perpustakaan
Pengguna boleh mencari sendiri dengan menggunakkan sistem OPAC dan terdapat komputer disediakan di Sudut OPAC untuk kemudahan pengguna.Â
Sila klik untuk Video Panduan Pengguna
Pengguna perlu mengetahui maklumat nombor panggilan, lokasi dan status buku sebelum mendapatkannya di rak.
Pengguna boleh meminta bantuan pegawai yang bertugas di kaunter sirkulasi.
3. Â Â Adakah perpustakaan menyediakan bilik perbincangan atau bilik belajar berkumpulan dan bagaimana untuk menggunakan bilik tersebut?
 Terdapat kemudahan bilik perbincangan di dalam perpustakaan. Pengguna perlu datang ke perpustakaan untuk menempah bilik perbincangan.
Sila klik untut maklumat lanjut.
4. Kemudahan Meja Karel
Di perpustakaan juga ada menyediakan kemudahan meja karel kepada pengguna yang terletak di tingkat atas perpustakaan.
5. Kedudukan rak buku
sila klik untuk maklumat lanjut.
6. Adakah perpustakaan menyediakan kemudahan komputer dan bagaimana untuk menggunakan bilik tersebut?
Perpustakaan ada menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pengguna.
Sila klik untuk maklumat lanjut.
      Â
7. Kemudahan WiFi
Perpustakaan menyediakan kemudahan WiFi. Pengguna boleh menggunakan WiFi dengan memasukkan kata laluan yang diletakkan di papan kenyataan.
8. Permohonan ISBN/e-ISBN/ISSN/e-ISSN
Kemudahan permohonan ISBN/e-ISBN/ISSN/e-ISSN hanya kepada staf Politeknik Kota Kinabalu sahaja
Sila klik untuk maklumat lanjut.
      Â
1. Apakah sumber digital?
Sumber digital menyediakan rujukan atau maklumat seperti e-book, pangkalan data, arkib soalan peperiksaan, pautan link website perpustakaan Politeknik Malaysia dan keratan akhbar.
Sila klik untuk maklumat lanjut.
1. Apakah perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)?
Perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat permohonan untuk meminjam bahan dari perpustakaan lain apabila bahan yang diperlukan tidak terdapat di dalam perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.
2. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
Pelajar dan staf Politeknik Kota Kinabalu.
Sila klik untuk maklumat lanjut.
1. Bagaimanakah pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan literasi maklumat di perpustakaan?
Pengguna boleh berhubung dengan pegawai yang bertugas di kaunter sirkulasi untuk mendapatkan bantuan.
Pihak perpustakaan juga turut menyediakan program literasi maklumat setiap semester baharu. Melalui program ini pengguna akan mendapat bimbingan secara teori dan praktikal bagaimana menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan carian bahan yang terdapat di dalam perpustakaan