1. Semua pelajar wajib memakai kad matrik semasa berada di dalam perpustakaan. Pelajar tidak akan dibenarkan masuk sekiranya tidak
mempunyai kad matrik.
2. Dilarang membawa masuk barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan, fail kosong, pisau dan gunting, makanan dan minuman.
Sila simpan di loker yang disediakan. Walaubagaimanapun, anda tidak dibenarkan meninggalkan barang-barang berharga dan pihak
perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang persendirian.
3. Pastikan telefon bimbit atau komputer riba dalam keadaan mode senyap.
4. Tidak dibenarkan membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.
5. Pengguna tidak dibenarkan menggubah susun atur perabot di dalam perpustakaan. Sila rapatkan kembali kerusi ke meja selepas digunakan.
6. Sampah dan kertas hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
7. Menconteng dan merosak, mencuri atau menghilangkan bahan perpustakaan akan dikenakan tindakan tatatertib
8. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pengguna yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan.
9. Pinjaman/Pemulangan Buku
- Buku atau bahan perpustakaan tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkodkan oleh pegawai perpustakaan.
- Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Perpustakaan akan menghantar notis peringatan bagi pinjaman yang melewati tempoh tarikh pemulangan buku.
- Pihak perpustakaan berhak meminta semula bahan yang dipinjam oleh pengguna di atas keperluan tertentu dan pengguna hendaklah mengembalikan bahan tersebut dengan segera.
10. Pengguna dilarang memakai selipar semasa berada di dalam perpustakaan.
DENDA MENGHILANGKAN DAN MEROSAKKAN BUKU.
Pengguna bertanggungjawab membayar atau menggantikan bahan yang hilang/rosak semasa bahan dalam pinjaman mereka atau yang digunakan di dalam perpustakaan.
Sijil peperiksaan/transkrip akademik akan ditahan sehinggalah pelajar mengembalikan semua buku yang dipinjam atau menjelaskan semua bayaran buku yang telah dihilangkan.