Kaunter Sirkulasi terletak di aras 1 bahagian Lobi Perpustakaan. Antara fungsi utama kaunter adalah untuk memenuhi keperluan harian aktiviti pengguna di perpustakaan, bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan koleksi perpustakaan serta menguruskan tempahan bilik-bilik perkhidmatan.
OPAC merupakan Perkhidmatan Sistem katalog Atas Talian berasaskan web yang digunakan bagi mengesan buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu. Terdapat 4 buah komputer yang disediakan di sudut OPAC perpustakaan.
Bilik Koleksi Khas merupakan satu ruang khas yang disediakan oleh Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu untuk menyimpan, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan ilmiah serta dokumen penting yang bernilai sejarah, akademik dan rujukan. Bilik ini diwujudkan untuk memastikan warisan intelektual institusi dapat dikekalkan dan diakses secara sistematik oleh warga politeknik dan penyelidiK yang berkepentingan.
Perpustakaan mempunyai 5 bilik perbincangan untuk kegunaan staf dan pelajar.Sekiranya ingin menempah atau menggunakan bilik tersebut hubungi staf perpustakaan atau berurusan dia kaunter utama perpustakaan.
Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mempunyai 2 ruang cyberzone (Kemudahan Komputer & Wifi) yang disediakan untuk kemudahan pelajar dan pensyarah. Terdapat 10 unit komputer di cyberzone aras 1 dan 17 unit komputer cyberzone aras 2.
Ruang Santai di Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu adalah ruang santai informal yang direka untuk memberi keselesaan walaupun fungsi rasminya adalah sebagai perpustakaan akademik.
Menyokong kesihatan mental pelajar melalui ruang rehat yang kondusif.
Menjadikan perpustakaan bukan hanya tempat mencari maklumat, tetapi juga tempat berinteraksi dan berehat.
Loker penyimpanan barang disediakan untuk menyimpan barang bagi pengunjung yang akan masuk ke ruang koleksi perpustakaan. Sila bawa bersama barang-barang bernilai sekiranya menggunakan loker.Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang peribadi anda.
Tujuan sudut pameran adalah menyediakan pusat informasi dan rujukan sampingan yang membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat yang diperlukan pada bila-bila masa. Melalui pameran, pengunjung mendapat manfaat tambahan dengan aktiviti dan informasi yang bukan sahaja memberi pengetahuan, tetapi juga menambah nilai kepada proses pembelajaran mereka.
Terdapat 22 unit meja karel disediakan sebagai ruang pembelajaran yang berasingan yang membolehkan pengguna membuat rujukan atau tugasan secara individu. Kemudahan ini disediakan untuk pengguna yang memerlukan privasi semasa belajar.
Ruangan yang selesa dan mencukupi disediakan untuk kemudahan pengguna membaca, membuat rujukan, belajar, dan sebagainya. Ruang ini boleh menempatkan 300 orang dalam satu masa.
Bahan bacaan (buku) di perpustakaan menggunakan sistem Dewey Decimal Classification (DDC) & Library Classifiction of Subject Heading (LCSH). Pengguna boleh mendapatkan bahan bacaan di aras 1 dan 2 perpustakaan.