Perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Interlibrary Loan (ILL) juga turut disediakan di Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu. Pinjaman antara Perpustakaan dapat membantu pengguna perpustakaan untuk mencari bahan – bahan yang dikehendaki dengan mendapatkan bahan – bahan tersebut daripada perpustakaan lain.
Pengguna Politeknik Kota Kinabalu.
1. Bahan – bahan yang dipohon tiada dalam Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.
2. Permohonan mesti dilakukan secara atas talian ''Borang Interlibrary Loan''.
3. Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap untuk memudahkan pencarian.
Perpustakaan Luar.
1. Pastikan bahan yang dipohon ada dalam Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu
2. Bahan yang dipohon mempunyai lebih daripada satu naskah di Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.
3. Tempoh Pinjaman bagi setiap permohonan adalah selama 1 bulan sahaja
4. Perkhidmatan hanya terbuka kepada Perpustakaan Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
Maklumat lanjut sila hubungi staf perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu.