JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA) berperanan sebagai salah satu jabatan induk di antara lima (5) jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Sistem pangkalan data JKA (database) ini direka khas untuk menyediakan pelaporan secara maya bagi tujuan perekodan dan pembuktian kepada pihak pengurusan JKA PSIS. Ianya termasuk maklumat asas latarbelakang JKA dan portfolio tugas sampingan bagi setiap unit yang dipertanggungjawabkan. Setiap aktiviti dari setiap portfolio perlu dikemaskini dari masa ke semasa bagi tujuan pemantauan pengurusan JKA. Database ini diguna bersama pihak pengurusan JKA bagi memantapkan lagi pencapaian KPI PSIS dan JPPKK di persada antarabangsa dan dunia
Asasnya, pensyarah dan pelajar JKA PSIS kaya dengan ilmu dan kemahiran dalam mendokong semua elemen terutama dalam pendidikan dan alam sekitar, industri pembinaan, reka bentuk pembinaan serta pembangunan infrastruktur kejuruteraan awam. JKA komited dalam memastikan pelajar-pelajar terdedah kepada sumber ilmu terbaharu, optimis serta berdaya saing dalam kerjaya selepas menjadi graduan.
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang 45100, Sungai Air Tawar, Selangor
Tel : 03 3280 6200 | Facebook : Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS