Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:
Penolong Jurutera
Pembantu Teknik
Penyelia Tapak
Penyelaras Bahan Binaan
Kerani Kerja Tapak
Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
Pembantu Penyelidik
Pembekal Bahan Binaan
Kontraktor Pembinaan
DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING QUICK FACTS
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang 45100, Sungai Air Tawar, Selangor
Tel : 03 3280 6200 | Facebook : Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS