Saya selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor mengalukan penyebaran maklumat dan perkongsian kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Awam kepada semua warga Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti , Universiti Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Awam serta Pendidikan Swasta.
Selamat berkunjung ke pangkalan data secara maya ini yang mengandungi maklumat utama berkaitan pengurusan portfolio bidang Kejuruteraan Awam (DKA), Kejuruteraan Alam Sekitar ( DAS) dan Seni Bina (DSB).
Fokus Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) ini adalah menyediakan tenaga Pensyarah yang mahir dan berilmu tinggi serta mampu melahirkan pelajar generasi baru selaras dengan keperluan revolusi industri 4.0 dan menjadi penyumbang utama "teaching factory" pada masa akan datang.
Justeru itu, saya berharap agar pangkalan data utama ini mampu menjadi rekod pelaporan dan panduan kepada pihak pengurusan akademik dan pihak pengurusan tertinggi Politeknik Malaysia.
Terima kasih.
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang 45100, Sungai Air Tawar, Selangor Tel : 03 3280 6200 | Facebook : Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS