Program pengajian Diploma Seni Bina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang seni bina. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian inidijalankan di bilik kuliah, studio dan industriberkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Seni Bina adalah seperti berikut:
Pembantu Teknik Seni Bina
Penyelia Tapak
Inspektor Kerja Tapak
Penyelaras BIM
3D Maker dan Illustrator
Perunding Seni Bina
Usahawan Industri Kreatif
DIPLOMA IN ARCHITECTURE QUICK FACTS
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang 45100, Sungai Air Tawar, Selangor
Tel : 03 3280 6200 | Facebook : Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS