Habilitasi dan rehabilitasi ialah proses intervensi perubatan, fizikal, psikologi dan sosial untuk membantu individu mencapai tahap fungsi optimum akibat sesuatu kecacatan, penyakit atau selepas kecederaan.
Antara perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan oleh KKM:
Fisioterapi :
Merawat masalah pergerakan, kelemahan otot dan kesakitan fizikal
Terapi Cara Kerja (occupational therapy)
Melatih kemahiran hidup harian seperti makan, berpakaian dan kebersihan diri
Bagi penjaga yang bertanggungjawab menguruskan OKU, latihan dan bimbingan yang betul adalah penting untuk mengurus, menjaga dan menyokong OKU secara berkesan dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Antara panduan penjagaan yang diberikan oleh KKM termasuk:
Penjagaan am
Pemakanan
Komunikasi
Rekreasi
Stres dan teknik mengatasi stres
Rawatan kecemasan
Bagi pesakit OKU terlantar yang memerlukan penjagaan khusus, berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKM dengan rujukan daripada hospital atau klinik kesihatan:
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD)
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari Skop Perubatan Paliatif (PPD Paliatif)
Perkhidmatan perawatan di rumah (PDR) / home visit
Bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia untuk golongan kurang berkemampuan (OKU) bagi membeli peralatan seperti kerusi roda, kaki palsu, alat bantu pendengaran, atau tongkat putih
INTERVENSI PSIKOLOGI DAN SOSIAL
Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi
JKM juga membuka peluang kepada OKU untuk masuk ke institusi OKU bagi tujuan pemulihan dan menerima laitihan khas
Memberi sokongan sosial dan emosi kepada klien dan penjaga
Memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan
Memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi.
INTERVENSI PENDIDIKAN
Memberi pendidikan mengenai penjagaan pesakit terutamanya daripada segi kebersihan diri dan persekitaran rumah yang bersih
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) belajar bersama murid aliran perdana di sekolah biasa, mengintegrasikan dalam kelas biasa dengan penyesuaian kurikulum dan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing), berbanding integrasi lama yang lebih fokus kepada kelas khas di sekolah biasa
Memberi peruntukan bagi menambah baik kemudahan sekolah supaya mesra kepada murid berkeperluan khas (MBK)
Teknologi bantuan seperti untuk kegagalan fungsi motor, perisian Pengecaman Aksara Optik (OCR), paparan Braille dan alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC), peranti mobiliti seperti alat bantu jalan dan kerusi roda, serta perkakasan dan perisian.
INTERVENSI AKSESIBILITI & KEMUDAHAN
Hak akses OKU tidak hanya dilihat hanya dari sudut fasiliti fizikal seperti ramp, tandas, tempat letak kenderaan semata-mata sebaliknya perlu meliputi aspek pendidikan, teknologi, pengangkutan, maklumat dan ruang ibadah.
Penambahbaikan aksesibiliti OKU fizikal, tumpuan utama adalah pada penyediaan infrastruktur fizikal yang lengkap seperti tanjakan (ramp), lif, tandas OKU, tempat letak kereta, dan laluan pejalan kaki yang selamat, serta memastikan pematuhan Akta/Undang-Undang Kecil Bangunan (seperti Seksyen 34A Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) selaras dengan Pelan Tindakan OKU dan strategi kebangsaan.
Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dilaksanakan melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan penjagaan diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengikuti PDK.
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti:
Saringan kesihatan berkala (BMI, tekanan darah, gula dalam darah)
Ceramah dan pendidikan kesihatan
Aktiviti senaman ringan dan fisioterapi
Pendidikan kebersihan diri (contohnya cara mencuci tangan, penjagaan mulut dan gigi)
Pendidikan pemakanan sihat
Program intervensi ini biasanya dijalankan oleh pelbagai profesional seperti pendidik khas, ahli terapi dan kaunselor yang bertujuan untuk membantu golongan OKU mencapai potensi penuh mereka dan berintegrasi dengan lebih baik dalam masyarakat.
Program intervensi termasuklah program pendidikan dan latihan di mana pendidikan yang sesuai mengikut keperluan individu OKU seperti kelas khas dan bantuan tambahan dalam pembelajaran. Program terapi dan pemulihan seperti terapi fizikal, terapi pekerjaan dan terapi pertuturan juga dapat membantu golongan OKU mengatasi cabaran fizikal atau komunikasi mereka.
Di samping itu, program intervensi kaunseling amatlah perlu bagi golongan OKU dan penjaga atau keluarga mereka. Menjaga emosi golongan yang bertanggungjawab secara langsung bagi anak-anak OKU adalah penting kerana penjagaan golongan OKU memerlukan sikap positif dan sabar.