Bangunan dan kemudahan awam tidak direka dengan mengambil kira aksesibiliti OKU fizikal
Contoh :
Lif
Laluan khas untuk OKU fizikal
Ramp
Tandas khas untuk OKU
Halangan fizikal menyukarkan pergerakan bebas dan bedikari bagi OKU fizikal. Kurangnya sokongan yang perlu dan sesuai menyebabkan OKU terpaksa bergantung kepada anggota keluarga
Contoh :
OKU fizikal terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain atau rakan untuk bergerak ke mana-mana sahaja
Kedua pihak (keluarga dan OKU fizikal) tidak dapat ikut serta secara aktif dalam aktiviti produktif dan aktiviti sosial
Kekangan persekitaran menghadkan penglibatan dalam aktiviti sosial
Contoh :
OKU fizikal tidak menyertai program kerana lokasi aktiviti sukar diakses
Kemudahan pembelajaran tidak disesuaikan dengan keperluan OKU fizikal. Kemudahan akses dan fasiliti mesra OKU yang tidak lengkap akan menyebabkan rendahnya motivasi dan semangat golongan pelajar OKU ini untuk belajar, sekaligus akan menjejaskan prestasi pencapaian akademik mereka.
Contoh :
Susunan kelas yang sempit menyukarkan pergerakan pelajar OKU fizikal
Tanpa infrastruktur mesra OKU seperti cecondong untuk pengguna berkerusi roda dan ‘tactical guiding block’ iaitu penunjuk jalan bagi orang buta akan menyukarkan pergerakan golongan OKU (Sam, 2010).
Halangan fizikal yang sering wujud adalah seperti jarak, penggunaan pintu yang tidak sesuai, kemasan lantai, laluan bertekstur dan ramp masih tidak lengkap
Kurangnya sokongan akademik khusus kepada pelajar OKU.
Contoh :
Pelajar OKU tidak diberikan masa tambahan semasa peperiksaan walaupun memerlukan.
Ketiadaan kemudahan pembelajaran mesra OKU seperti braille menyebabkan pelajar OKU sukar untuk membaca dan memahami sesuatu teks atau bacaan mata pelajaran yang dipelajari, perakam audio, aksesibilti talkback di laptop dan telefon pintar menyebabkan kesukaran golongan OKU untuk mendapatkan info maklumat dengan lebih jelas.
Pelaksanaan pendidikan inklusif yang lemah mengehadkan peluang melanjutkan pelajaran.
Contoh :
OKU menolak tawaran universiti kerana kemudahan tidak sesuai dengan keadaan fizikal mereka.
Pelajar OKU cacat fizikal pula menyatakan kesukaran mereka daripada segi aspek keselesaan di dalam kelas mengakibatkan mereka kurang fokus untuk belajar
CABARAN PELUANG PEKERJAAN
Majikan menghadkan ruang dan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada OKU selain beberapa perjawatan bawahan
Contoh :
Operator, tukang urut dan jurutrengkas
Stigma negatif majikan terhadap golongan OKU menatijahkan mereka melakukan tindakan-tindakan yang tidak munasabah
Contoh :
Mengenakan syarat-syarat yang sama seperti pekerja normal sekiranya mereka bersetuju untuk menggaji pekerja OKU, sedangkan perkara ini adalah tidak wajar memandangkan keupayaan golongan OKU dan individu normal adalah berbeza
Majikan mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai pengurusan pekerja OKU di samping kesukaran memadankan bidang kerja yang sesuai dengan keupayaan OKU
Contoh :
Pengurusan pekerja OKU dari sudut perlindungan hak, layanan di tempat kerja, kemudahan di tempat kerja, perjawatan, beban tugas, gaji dan kenaikan pangkat memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak majikan
Skop dan jenis pekerjaan yang ditawarkan dalam pasaran kerja tidak selari dengan kebolehan yang ada pada golongan OKU ini
Contoh :
Ketidakupayaan sebagai salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh OKU untuk mendapat pekerjaan.
Persekitaran dan akses terhadap kemudahan di tempat kerja yang tidak mesra OKU turut menjadi cabaran yang signifikan terhadap pekerja OKU.
OKU sering dipinggirkan dalam masyarakat dan dunia pekerjaan. Sikap yang negatif serta diskriminasi menjadi punca OKU dinafikan hak tidak sama seperti orang tipikal. OKU dianggap tidak produktif dan menjadi beban.
Contoh :
OKU tidak dipanggil temuduga kerja walaupun memenuhi kelayakan akademik.
Khususnya yang mempunyai masalah mental dinafikan hak untuk hidup sebagaimana orang lain
Majikan beranggapan OKU tidak mampu bekerja secara efektif.
Stigma berterusan menjejaskan keyakinan diri OKU.
Contoh :
OKU enggan bercakap di hadapan khalayak kerana takut dinilai.
Dianggap seperti individu yang tidak sempurna kesihatannya dan keadaannya dilihat kurang upaya (Hazlin et al., 2015)
Rawatan dan terapi memerlukan kos yang tinggi dan berpanjangan. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan mereka akan mengalami kesukaran untuk membeli barangan keperluan pesakit
Contoh :
OKU terpaksa menangguhkan sesi fisioterapi kerana kekangan kewangan.
Seperti kerusi roda yang khas, tilam atau katil khas, lampin, susu atau suplimen serta ubatan tambahan.
Tidak semua kemudahan kesihatan mudah diakses oleh OKU fizikal.
Contoh :
Klinik tanpa laluan kerusi roda menyukarkan OKU mendapatkan rawatan.
Keperluan khas meningkatkan kos sara hidup. Pembiayaan dalam bentuk program dan perkhidmatan kebajikan sangat terbatas terutama sekali di negara-negara miskin.
Contoh:
Pembelian alat sokongan seperti kerusi roda menambah beban kewangan.
Halangan fizikal dan sosial memberi tekanan emosi kepada OKU.
Contoh:
OKU berasa tertekan apabila sering bergantung kepada orang lain.
Pelajar OKU sering berdepan rasa terasing dan stigma sosial, menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi dan kehilangan keyakinan diri.
OKU berisiko mengalami stres dan kebimbangan.
Contoh:
Pelajar OKU mengalami kebimbangan untuk hadir ke sekolah.
Rasa takut terhadap pandangan masyarakat menyebabkan OKU menarik diri.
Contoh:
Pelajar OKU tidak menyertai aktiviti sekolah kerana takut dipandang pelik.
Pelajar OKU sering berasa terpinggir akibat kurangnya kesedaran dalam kalangan rakan sekuliah.
Cabaran yang dihadapi oleh individu OKU fizikal menekankan perlunya tindakan proaktif dari semua pihak. Dengan memahami halangan fizikal, sosial, pendidikan dan emosi yang mereka alami, kita dapat merancang pendekatan dan sokongan yang lebih berkesan. Ini bukan sahaja memudahkan kehidupan harian mereka, tetapi juga membuka peluang untuk mereka menyertai pendidikan dan masyarakat secara setara dan bermakna.
Helen Keller (1994) mengemukakan bahawa masalah yang paling sukar untuk diatasi oleh golongan OKU itu bukan masalah yang disebabkan oleh kecacatan yang ditanggungnya itu tetapi masalah yang disebabkan oleh sikap masyarakat terhadap kecacatan.