๐๐จ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐๐๐ฆ๐: ๐ฆ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐
Setakat bulan ini, saya menerima banyak kes melibatkan saman adik beradik. Banyak isu yang dibawa ke mahkamah termasuk isu harta pusaka, fitnah, hutang dan lain-lain. Pengalaman saya mengendalikan kes sebegini, terdapat soalan-soalan yang sering ditanya oleh klien.
๐ญ) ๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ด๐๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฝ๐๐ป ๐ต๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ด๐ฎ๐ฑ๐๐ต ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ?
Jika saman telah dikeluarkan, anda dinasihatkan untuk melantik peguam. Jangan ambil remeh saman yang telah dikeluarkan dan telah diserahkan kepada anda. Ini untuk mengelakkan suatu penghakiman terus direkodkan ke atas anda. Dalam erti kata lain, Mahkamah akan benarkan tuntutan orang yang menyaman (Plaintif) tanpa mendengar pihak orang yang disaman (Defendan). Kes sivil litigasi mempunyai prosedur tersendiri yang mungkin rumit untuk Defendan mematuhi arahan Mahkamah tanpa diwakili peguam.
๐ฎ) ๐๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ธ๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐ผ๐น๐ฎ๐ธ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฑ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ?
Apabila saman telah dibuat, Mahkamah atau hakim tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu tuntutan begitu sahaja. Sebaliknya, pihak mempunyai kebebasan untuk menfailkan suatu permohonan untuk menolak tuntutan yang dinamakan sebagai Permohonan Pembatalan Pliding (Striking Out Application) di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Permohonan ini juga terpakai untuk membatalkan pembelaan. Antara alasan-alasan permohonan adalah sama ada (a) kes tersebut tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah, (b) ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan, (c) ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil atau (d) ia adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.ย
Sekiranya permohonan tersebut gagal membuktikan mana-mana alasan tersebut, maka kes akan diteruskan dengan perbicaraan.
๐ฏ) ๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ?
Ya, ada. Dalam mana-mana kes sahaja saya akan nasihatkan untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar Mahkamah terutamanya kes keluarga. Mengikut pengalaman saya, Hakim sendiri pun akan cuba mengelak daripada membicarakan kes melibatkan ahli keluarga dan mengeluarkan arahan supaya berunding di luar Mahkamah. Ada dua cara penyelesaian luar Mahkamah iaitu:-
a) Menjalani mediasi
- Mediasi adalah proses rundingan yang dikendalikan oleh Hakim Mediasi yang diadakan di pusat mediasi Mahkamah. Semasa proses ini, Hakim Mediasi akan mendengar tuntutan dan cadangan penyelesaian oleh kedua-dua belah pihak. Peguam yang dilantik akan mengisi satu borang pendaftaran mediasi dan โAgreement to Mediateโ yang perlu ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Proses ini boleh dimulakan oleh mana-mana pihak. Dalam sesetengah kes, Hakim Bicara sendiri yang akan mengeluarkan arahan supaya kes ini dirujuk ke pusat mediasi terlebih dahulu. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, maka kes akan diteruskan untuk bicara. Mediasi boleh diadakan pada bila-bila masa sepanjang kes berjalan dan tanpa had mengikut kesesuaian kes dengan syarat kedua-dua pihak setuju untuk menjalankan mediasi.
b) Tawaran untuk Selesai.
Proses ini melibatkan pengeluaran suatu Surat Tawaran untuk Selesai. Dalam surat tersebut, mana-mana pihak akan memberikan tawaran untuk memenuhi sebahagian atau kesemua tuntutan. Proses ini paling berkesan dalam penyelesaian luar mahkamah kerana memberikan โwin-win situationโ kepada pihak-pihak. Sekiranya Tawaran untuk selesai berjaya, ia dianggap sebagai penyelesaian penuh dan Plaintif perlu menarik semula kes.
Apabila salah satu cara di atas berjaya, maka pihak-pihak perlu merekodkan penghakiman persetujuan di Mahkamah. Setelah penghakiman persetujuan direkodkan, maka kes tidak lagi diteruskan ke atas Defendan dan Plaintif juga tidak dibenarkan untuk menyaman Defendan atas tuntutan yang sama.
Kes saman adik beradik adalah suatu kes yang perlu dielakkan kerana menjadi punca putusnya hubungan kekeluargaan. Tempoh hari saya telah hadir ke Mahkamah bagi satu kes adik beradik. Alhamdulillah kes tersebut berjaya direkodkan penghakiman persetujuan. Hakim yang mengendalikan kes tersebut sempat meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sikap keluarga yang membawa pergaduhan sehingga ke Mahkamah. Antara pesanan beliau yang dapat saya ringkaskan โSedih saya baca kes ini. Kasihanilah ibu bapa yang dah tua, yang dah tak ada. Nasib baik kes ini selesai di sini. Jika berlarutan hingga bicara, memang akan ada pihak yang tidak puas hati dan memang dah tak berbaik selepas ini.โย
๐ผ๐ฃ๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐ ๐๐ฃ ๐ฃ๐๐จ๐๐๐๐ฉ ๐๐ช๐๐ข๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ช๐๐ข ๐ก๐๐ฉ๐๐๐๐จ๐ ๐ ๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ ๐๐จ ๐ฉ๐ช๐ฃ๐ฉ๐ช๐ฉ๐๐ฃ ๐ ๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐. ๐๐๐ก๐ ๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐ข๐ ๐๐ 013-7171538 ๐๐ฉ๐๐ช ๐-๐ข๐๐ก ๐ ๐ ๐ฃ๐ช๐ง๐๐ฃ.๐ฃ๐ฃ๐@๐๐ข๐๐๐ก.๐๐ค๐ข.
๐ต๐ฐ๐ฒ ๐ต๐ผ๐น ๐บ๐๐จ๐๐พ๐จ๐ต๐ฐ ๐ฉ๐ฐ๐ต๐ป๐ฐ ๐ต๐ฐ๐ฒ ๐บ๐ผ๐ฏ๐จ๐ฐ๐ด๐ฐ
(๐ป๐ฌ๐ป๐ผ๐จ๐ต ๐ต๐ผ๐น๐ฐ๐ต ๐ต๐จ๐ฉ๐ฐ๐ณ๐จ๐ฏ & ๐ช๐ถ)
#peguamlitigasi #kesmahkamah #keluarga