Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari Isnin, 22 Mac 2021 di SRITSAT. Tema 'Bahasa Memartabatkan Bangsa' telah dipilih sebagai nadi gerakan aktiviti tahun ini untuk mendepani pelbagai cabaran baru terutamanya dalam dunia teknologi maklumat. Program Minggu Bahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan penguasaan kedua-dua bahasa secara tidak formal.
Objektif minggu bahasa ini diadakan adalah untuk:
Melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cekap.
Membimbing murid supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan murid.
Mencungkil bakat murid agar dapat melahirkan pelajar berpotensi dalam berbahasa.
Minggu Bahasa
Tahun 1 & Tahun 2 selanjutnya...
Minggu Bahasa
Tahun 3 & Tahun 4 selanjutnya...
Minggu Bahasa
Tahun 5 & Tahun 6 selanjutnya...
Sesi Penyampaian Hadiah selanjutnya...