Pusat Pendidikan Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang (PPTSAT) merupakan pusat pendidikan Islam integrasi swasta yang diwujudkan bagi mencapai KESEPADUAN ILMU WAHYU dengan ILMU WAKIE dalam kurikulum.
Penubuhan PPTSAT di Pulau Pinang ini amatlah bertepatan dan bersesuaian selaras dengan perkembangan sistem pendidikan tahfiz sains yang merupakan satu sistem pendidikan yang giat berkembang di Malaysia.
PPTSAT menawarkan satu sistem pendidikan bersepadu (Intergrated Education) yang MENGGABUNGKAN pengajian TAHFIZ AL-QURAN, pembelajaran AKADEMIK SAINS DAN TEKNOLOGI dan penghayatan ILMU DINIAH bagi melahirkan profesional yang menghayati Al-Quran.
PPTSAT ditubuhkan pada 1 September 2015 bersamaan 17 Zulkaedah 1436 hasil dari inisiatif YAYASAN ILMUWAN UTARA (YIU) untuk mewujudkan suatu sistem sekolah bersepadu yang mampu melahirkan insan yang cemerlang serta mewarisi ketauhidan yang unggul.
Awalnya, PPTSAT merangkumi dua peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah (SRITSAT) dan sekolah menengah (SMITSAT). Sesi pengajian pertama bermula pada 1 Januari 2016 bertempat di bangunan sementara beralamat No. 1, Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang (bekas pejabat IPPT USM).
Kini, Seramai 515 pelajar PPTSAT meliputi 75 pelajar SMITSAT, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, 375 pelajar SRITSAT Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 65 pelajar PraTSAT. Tenaga Pengajar terdiri dari 55 orang guru dalam bidang Tahfiz, Diniah dan Akademik serta 20 orang staf sokongan.
Sekolah Menengan Islam Tahfiz Sains Dan Teknologi Pulau Pinang (SMITSAT), Sekolah Rendah Islam Tahfiz Sains Dan Teknologi Pulau Pinang (SRITSAT) dan Pra Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang (PraTSAT) dibawah Pusat Pendidikan Tahfiz Sains Dan Teknologi (PPTSAT) telah berdaftar secara rasmi di bawah pantauan dan seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JAIPP, dengan no. pendaftaran :-
JAIPP/PEND/04.M.003 – SMITSAT
JAIPP/PEND/04.R.002 – SRITSAT
JAIPP/PEND/04.T.004 - PraTSAT
PPTSAT adalah dibawah milikan penuh Pertubuhan Ilmuwan Utara (PIU). PIU, dahulunya Yayasan Ilmuwan Utara (YIU) merupakan nadi penggerak di sebalik rangkaian Pusat Pendidikan Tahfiz Sains dan Teknologi (PPTSAT) ditubuhkan pada 23 Oktober 2024 menggantikan YIU yang telah tamat pendaftaran pada 23 April 2023 dengan no. pendaftaran : PPM-031-07-23102024.