Pendidikan Tahfiz Sains dan Teknologi adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan yang memerlukan usaha yang berwawasan dan berfokus bagi melahirkan generasi HUFFAZ PROFESIONAL yang ALIM dan PAKAR dari aspek tatacara kerja dan berperibadi mulia. Mampu menterjemahkan pelbagai kaedah sains dan teknologi Berasaskan Al-Quran melalui Sistem Pendidikan yang tersusun serta pentarbiyahan menyeluruh melalui Pengajian Tahfiz Al-Quran, Penghayatan Diniah dan Pembelajaran Akademik Sains dan Teknologi serta Pembentukan Shaksiyah Unggul bagi mendepani generasi depan.
Sebuah Pusat Pendidikan Unggul yang melahirkan Generasi Al-Quran Berpengetahuan Tinggi dalam Bidang Sains dan Teknologi bagi Memimpin Ummah
Menjadikan Al-Quran sebagai teras pembelajaran dalam mendidik pelajar bagi membentuk arkitek sosial yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran.
Menyediakan prasarana pendidikan dan suasana pembelajaran yang kondusif berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W