VISI PraTSAT
Menjadi Sebuah Pra Sekolah Unggul yang bakal melahirkan Generasi Al-Quran Berpengetahuan Tinggi dalam Bidang Sains dan Teknologi bagi Memimpin Ummah
MISI PraTSAT
Menjadikan Al-Quran sebagai teras pembelajaran dalam mendidik anak-anak Pra sekolah bagi membentuk arkitek sosial yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran.
Menyediakan prasarana pendidikan dan suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W
HALATUJU PraTSAT
- Mendedahkan pembelajaran awal kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun PraTSAT dalam menguasai Bacaan Al-Quran dengan baik dan memulakan Hafazan Al-Quran surah-surah dan hadith-hadith terpilih.
- Mendedahkan pembelajaran awal kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun PraTSAT dalam penguasaan 4M (Membaca, Menulis dan Mengira dan Menaakul) serta pembelajaran kreativiti Sains dan Teknologi yang menyeronokkan .
- Mendedahkan anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun PraTSAT dengan adab dan akhlak mulia.
- Mendedahkan anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun PraTSAT dengan pembelajaran interaktif, kreatif, innovatif dan berketerampilan melalui penggunaan tool dan teknologi serta modul pembelajaran terbaik.