Terdapat sekolah vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar) Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil, di samping sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris. Persekolahan di Sarawak dan Sabah juga terbahagi kepada sekolah vernakular Melayu, sekolah Cina dan sekolah mubaligh Kristian. Sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial yang ketara antara rakyat berbilang kaum. Sistem seperti ini menghalang usaha menyatupadukan rakyat ke arah melahirkan satu identiti bangsa dan negara.
Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes.
Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yang kekal dan tumpuan taat setia.
Antara isi kandungan:
sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Diterbitkan berikutan dengan bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes.Â
Mengkaji pendidikan Cina.
Mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina sebagai institusi yang memberikan faedah kepada penduduk Tanah Melayu.
Antara is kandungan:
sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan.
Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu.
diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
Ordinan ini bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan.
semua murid daripada pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem berorientasikan Tanah Melayu.
Antara isi kandungan:
Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama.
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Antara cadangan:
memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah.
menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur.
Pendidikan Kebangsaan di Sarawak:
mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan.
memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan.
memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah.
Pendidikan Kebangsaan di Sabah:
mempertingkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina.
memastikan bahasa Inggeris diajar di sekolah Melayu dan bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris.
menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris.
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 mengemukakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, iaitu melalui:
sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa.
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
Antara cadangan:
Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu.
Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunaka sama ada bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran.