Ahli bertaraf "Menteri" dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan.
Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja.
Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP.
Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum.
menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.