mengkaji hubungan kaum secara mendalam.
membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti.
mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam dalam kalangan penduduk di negara ini.
Penasihat: Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara)
Pengerusi: E.E.C. Thuraisingham (wakil orang Ceylon)
Wakil Melayu: Dato' Onn Jaafar (Menteri Besar Johor/ Presiden UMNO), Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz Dato' Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Mohd. Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor), Dr. Mustapha Osman (Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO), Zainal Abidin Haji Abas (Setiausaha Agung UMNO).
Wakil Cina: Tan Cheng Lock (Melaka), Lee Tiang Keng (Pulau Pinang), C.C. Tan (Singapura), Yong Shook Lin (Selangor)
Ahli Lain: Roland Braddell (wakil orang Eropah), L.R. Doraisamy Iyer (wakil kaum India), Dr. J.S. Goonting (wakil orang Serani)
Dari segi:
Politik: mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu: bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air merdeka.
Kedudukan Ekonomi Orang Melayu: mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
Kewarganegaraan Bukan Melayu: bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk.
Pendidikan: mencadangkan sistem pendidikan yang seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu.