United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
Sebuah pertubuhan pendidikan, sains dan kebudayaan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 16 November 1945. UNESCO bertujuan untuk mempromosi inisiatif kerjasama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan ini mempunyai 191 keahlian daripada negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Lima program utama UNESCO ialah pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan dan komunikasi dan maklumat.
Matlamat utama UNESCO adalah mendukung perdamaian dan keamanan dengan mempromosikan kerjasama antara negara melalui pendidikan, ilmu pengetahuan dan budaya dalam rangka meningkatkan rasa saling menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, hak asasi manusia dan kebebasan hakiki.
Sumber : https://www.unesco.org/enÂ