Muzium ini merupakan replika Istana Kesultanan Melayu pada Zaman Sultan Mansur Syah (1456-1477). Reka bentuk muzium ini adalah merujuk kepada penelitian Buku Sejarah Melayu dan pandangan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka serta Persatuan Pelukis Melaka. Kerja pembinaan muzium ini dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Tempoh pembinaan muzium ini adalah antara 27 Oktober 1984 hingga 15 April 1986. YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah merasmikan muzium ini pada 17 Julai 1986. Seni bina muzium ini adalah menggunakan sistem pasak dan tanggam sebagai paku. Bahan binaan muzium ini adalah kayu-kayu tempatan. Sebagai contoh, kayu berlian untuk membina atap, kayu cengal untuk membina tiang seri dan kayu resak untuk membuat lantai. Ukiran pada permukaan dindingnya ialah Ketam Buri. Muzium ini mempunyai 17 ruang yang setiap satu berpanjang 87.5meter dan memiliki 40 buah pintu.
Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Pintu Masuk Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Papan Kenyataan
Sistem Peraturan Tempat Duduk di Balairong Seri
Sistem Pentadbiran dan Perjawatan Zaman Kesultanan Melayu Melaka