Ketahui 5 punca rumah tetap rasa bahang walau ada kipas dan aircond
Pasti ramai yang mengalami masalah seperti ini, adalah perlu untuk kita ketahui punca kepada masalah ini dan seterusnya mencari solusi agar masalah bahang ini dapat diselesaikan sekaligus memberikan keselesaan pada kita dan juga para tetamu.
Paparan sinaran matahari di dalam rumah boleh membuatkan kediaman menjadi panas. Dinding rumah sepatutnya menjadi penghalang di antara suhu luar dan dalam kediaman.
Tindakan menutup tingkap dan langsir pada waktu siang dapat mengelak udara panas dari luar masuk ke dalam rumah sekali gus menjaga suhu agar tidak terasa bahang.
Biasanya suhu akan turun pada waktu malam namun tidur dengan tingkap dan pintu tertutup boleh menyebabkan udara panas terperangkap dalam ruang.
Jadi sekurang-kurangnya jangan tutup pintu bilik ketika tidur agar pengaliran udara dapat berlaku.
Ketika musim panas, pilih jenis cadar dan selimut yang lebih ringan serta daripada fabrik lembut berbanding poliester atau flanel yang mudah memerangkap haba.
Peralatan elektronik seperti oven dan peti sejuk memancarkan haba tetapi ia tidak terus terperangkap di dalamnya.Jika tinggal di rumah bersaiz kecil, memanggang ayam atau membakar biskut menggunakan oven dapat memberi kesan kepada keseluruhan ruang rumah.
Percaya atau tidak, arah putaran kipas siling dapat mempengaruhi suhu dalam rumah. Bilah kipas yang berputar arah melawan jam mengeluarkan angin dingin.
Sebaliknya bilah yang berputar mengikut arah jam akan menghasilkan aliran udara ke atas, memaksa udara panas turun ke ruang bawah.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya !
Kredit : M.Star
TIPS MUDAH SUPAYA RUMAH KEKAL WANGI, BERSIH DAN SEGAR
Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap daripada kita kerana itu adalah antara keperluan yang sangat penting dalam kehidupan, tetapi memiliki sahaja tidak cukup, penjagaan dan penyelenggaraan kediaman juga tidak kurang pentingnya..
Oleh itu, dalam entri kali ini kami kongsikan tips mudah supaya rumah anda kekal wangi, bersih dan segar. Selamat membaca !
Bahan-bahan : 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air
Caranya : Bancuh kedua-dua bahan dan gaul sehingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot. Cara ini akan membuatkan habuk tidak mudah melekat pada perabot dan rumah juga akan berbau harum.
Bahan-bahan : 1 botol penutup pencuci lantai, cuka, air panas
Caranya : Sapu sampah dan habuk pada lantai terlebih dahulu, kemudian campurkan semua bahan diatas dan mop lantai seperti biasa. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya
Bahan-bahan : 1 penutup pelembut fabrik, cuka
Caranya : Campurkan kedua-dua bahan dan semburkan di seluruh ruang rumah. Pewangi ini akan mengharumkan udara dalam rumah dan wangian akan tahan lebih lama, sembur juga pada langsir dan fabrik.
Bahan-bahan : 1 sudu kecil teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka, 1 cawan air
Caranya : Campurkan semua bahan dan semburkan di seluruh bilik air setiap hari.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya !