10 PERKARA PENTING SEBELUM MEMBINA RUMAH
1) Mengira bajet kos binaan rumah
Terdapat pelbagai cara untuk menganggar bajet kos pembinaan rumah samada secara kasar atau terperinci. Secara kasarnya, memadai dengan mendapatkan maklumat tentang kos pembinaan dari mereka yang baru membina rumah. Dapatkan keluasan rumah, dapatkan maklumat kos dan bahagikannya. Lihat juga kemasan yang mereka guna dari segi kemasan lantai, siling, dinding dan sebagainya adakah sama dengan keinginan atau kemampuan kita. Lebih baik untuk mencari kontraktor untuk mengira bajet kos bina rumah yang anda inginkan.
2) Pastikan duit mencukupi atau lebih daripada kos membina rumah
Sebelum membuat rumah, sudah tentu perlu bertanya orang tempatan, Kebanyakannya akan berpendapat bahawa kos RM100,000 memadai untuk memiliki rumah sederhana dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air beserta ruang tamu dan ruang keluarga. Tetapi sebenarnya ianya tidak mencukupi untuk mendapatkan rumah tampak menarik, bilik yang betul2 selesa dengan peralatan/perabot yang banyak, kos untuk keselamatan seperti jeriji besi dan kos kenaikan barangan semasa.
Faktor lain juga banyak lagi mempengaruhi, terutamanya kos yuran PBT yang semakin meningkat, rujukan kita pada mereka yang dah lama membina rumah, kos khidmat buruh yang berubah mengikut masa dan tempat. Selain itu, jangan lupa kos bahan binaan yang sudah tentu meningkat. Oleh hal demikian, jangan sekali-kali fikir diminda, kita akan dapat bina rumah ‘exactly’ macam yang diberitahu dan digambarkan. Ramai diantara mereka sengaja menyatakan kos agak rendah kerana ingin menunjukkan bahawa mereka mampu membina rumah dengan kos yang murah. Hakikatnya, kos sebenar jauh lebih tinggi, kerana banyak faktor. Antaranya kos yang terlindung, termasuk kos pengangkutan dan kos semasa mendapatkan maklumat sebelum atau semasa rumah dibina.
3) Dapatkan pelan rumah
Membina rumah perlu ada pelan (plan) atau kata lain ‘perancangan’. Pelan rumah adalah sangat penting sebagai salah satu rancangan awalan supaya kita dapat pastikan apa yang kita hendak. Even, tukang rumah, kontraktor membina rumah berpandukan pelan. Tanpa pelan, kita tidak dapat mengira kos, keluasan rumah dan yang paling teruk, masa pembinaan kita akan membuang masa melayan soalan tukang rumah yang akan banyak bertanya untuk memulakan kerja. Akhirnya, rumah kita lambat siap, kesalahan susunatur, lari ‘budget’, dan sudah tentu kos melambung tinggi. Oleh demikian, jangan ‘kedekut’ untuk menggunakan khidmat pelukis pelan atau seelok-eloknya mendapatkan khidmat nasihat “arkitek’ yang sudah tentu sangat mahir dalam menyusun ruang supaya tidak merugikan tuan rumah dari segi kos mahupun ruang ataupun masa.
4) Dapatkan kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan)
Dapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Bomba, JPS, Jabatan bekalan Air tempatan, TNB atau mana2 jabatan yang terlibat. Ianya bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Tapi sebarang pembinaan walaupun dalam geran adalah nama kita sebagai pemilik tapi hakikatnya ianya adalah dibawah kuasa kerajaan. Kerajaan berhak mengambil alih sebarang tanah dengan syarat2 tertentu.
Selain itu ianya sebenarnya penting untuk kita juga, jika kita tahu pentingnya sempadan banguna, saliran yang betul, sistem kumbahan yang sihat, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup.
5) Cari tukang rumah/kontraktor yang sesuai dan berpengalaman
Beberapa perkara yang perlu dititikberat bila memilih tukang rumah antaranya ialah dia mesti seorang yang mahir dan ada pengalaman membina rumah/perumahan/bangunan/airport dan sebagainya kerana mereka tahu selok-belok membina rumah ni. Tak boleh sembarangan nak pilih tukang rumah sebab banyak dengar dari pengalaman orang yang mana tukang rumah buat tak kemas, tak tegap, tak teguh, tak pandai bancuh simen, salah ukur, ambil upah mahal tapi kerja tak seberapa, ambil duit pendahuluan lepas tu lesap tak muncul-muncul, songlap duit dan sebagainya.
Carilah tukang rumah yang betul-betul berpengalaman dan boleh ‘baca’ keinginan dan kehendak kita, boleh menasihat kita apa yang patut dan tak patut buat berdasarkan pengalaman, tahu dekat mana nak beli bahan binaan yang berkualiti tapi murah, dan bijak menguruskan kos dengan cara yang berhemah.
Untuk makluman, ada ramai kontraktor yang hanya menawarkan khidmat pekerja binaan sahaja. Jangan khuatir pasal kos. Yang penting ‘end result’. Lihat portfolio mereka (bangunan/rumah yang telah mereka bina)
Pastikan kita membuat perjanjian yang jelas sebelum pembinaan. Terutamanya perkara yang melibatkan kos kemasukan bekalan air, bekalan elektrik, alatan pekerja, dan sebagainya. Selalunya kontraktor terlepas pandang perkara ini yang akhirnya menyebabkan kita lewat dapat mendiami rumah kita dan terpaksa menambah kos yang banyak di akhir pembinaan.
6) Urus perbelanjaan pembinaan rumah sendiri atau serahkan kepada tukang rumah
Ada orang kata, ada beberapa cara untuk mengurus perbelanjaan pembinaan rumah. Sama ada serahkan kepada tukang rumah 100%, masuk rumah bila dah siap sahaja, ATAU kita sendiri yang membeli barang binaan rumah sendiri dan bayar upah tukang rumah mengikut peringkat kerja siap.
7) Urus hal bekalan elektrik dan air
Dalam pada membina rumah tu, kena berurusan dengan Jabatan bekalan air dan SESB. Mengurus hal ni tidaklah susah as long as ada geran/surat mengesahkan tanah itu milik kita. Once dah bayar dan berurusan dengan mereka, tunggu sahaja dalam seminggu ke dua minggu masa bekerja, bekalan elektrik dan air akan disambung. Biasanya kena selalu ‘follow up’. Ambil nombor telefon kontraktor bekalan air dan elektrik yang akan memasang bekalan air tersebut. Pastikan mereka berlesen.
8) Fikirkan perabot dan aksesori rumah
Jika kita/anda sudah mempunyai perabot samaada dari rumah sewa dulu atau dari rumah mak ayah kita, dapatkan ukurannya dan rancang mana nak diletak pada ruang rumah baru kita nanti. Tetapi kalau kita berniat mendapatkan perabot baru, terkini dan moden, cukuplah sekadar mendapat khidmat nasihat dari pakar iaitu arkitek semasa proses rekabentuk bangunan lagi.
9) Fikir jangka masa panjang.
Setelah rumah kita siap, seeloknya kita dapatkan Sijil Kelayakan Menduduki atau sekarang digelar CCC (Certificate of Completion & Compliance) bukan sahaja untuk menuntut baki pinjaman dari institusi pinjaman tetapi juga untuk jaminan insuran kediaman jika berlaku musibah yang tidak diingini.
10) Simpan semua resit pembelian dan rekodkan kos pembinaan.
Biasanya orang berpendapat kos upah adalah sama dengan kos bahan binaan. Sebagai contoh, kalau kos bahan binaan ialah RM60,000, so kos upah pun RM60,000. Bila kita simpan dan rekod perbelanjaan, baru kita tahu sama ada apa yang orang cakap tu betul atau tidak. Seeloknya kos upah untuk membina rumah saya tu tidak melebihi 40% dari kos keseluruhan rumah. Tapi mesti diingat, itu kalau rekabentuk rumah kita hanya biasa sahaja. Kalau banyak elemen estatik yang sukar, 50% hingga 60% adalah perkara biasa. Jangan ‘kedekut’ dengan keringat, tenaga dan kemahiran orang.
Untuk memudahkan pembayaran upah pembinaan, dapatkan jadual peringkat kerja dengan kontraktor yang dilantik.
KELEBIHAN MEMBINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Memiliki rumah sendiri merupakan matlamat hidup jangka panjang bagi sesiapa sahaja. Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang mengikut citarasa sendiri.
Namun begitu dalam pada masa kini, pemilikan rumah menjadi sukar apabila melihat kepada harga rumah yang dijual pada hari ini saban hari melonjak naik.
Maksud memiliki rumah di sini bukan hanya anda boleh membeli dari pihak pemaju tetapi anda juga mempunyai pilihan lain yang jauh lebih baik contohnya membeli tanah lot seterusnya membina rumah di atas tanah tersebut. Atau jika anda sudah ada tanah sendiri, jangan tunggu lama untuk membina “Mahligai Idaman” anda.
Berikut merupakan antara kelebihan bina rumah atas tanah sendiri.
Anda yang menentukan lokasi pembinaan rumah yang akan anda diami, sama ada dekat dengan mak ayah atau dekat dengan fasiliti sekitar, asalkan terdapat penjualan lot tanah dikawasan yang anda inginkan, semuanya bergantung kepada anda sahaja.
Apabila anda sudah arif mengenai kelebihan bina rumah atas tanah sendiri, sudah tentu anda teringin untuk membina rumah idaman anda.
Kami di Marmaz Group Holdings boleh membantu anda untuk merealisasikannya dari A sampai Z.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Membeli rumah sedia ada.
Membeli lot tanah dan bina rumah atas tanah sendiri.
Pilihan pertama nampaknya menjadi yang paling popular kerana ia lebih mudah.Tetapi ramai juga mengambil pilihan kedua sebagai pilihan. Iaitu buat rumah atas tanah sendiri. Sebabnya, kerana ada lebih kebebasan dalam menentukan reka bentuk rumah yang akan di bina. Selain itu kita juga boleh menjadi lebih kreatif semasa membina rumah sendiri.
Di samping itu, belanjawan untuk membina rumah boleh diubah atau diselaraskan dengan keupayaan kewangan, lagipun rumah yang di buat atas tanah sendiri membolehkan kita membuat binaan menurut fasa sebagai contoh, jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, kita boleh siapkan bahagian rumah yang penting terlebih dahulu seperti bilik tidur, bilik air & dapur. Ruang tamu dan beranda boleh menjadi dibina apabila kewangan lebih mencukupi.
Yang penting sebelum buat rumah tu kita ukur sempadan tanah dengan betul !
Membina rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tetapi, terdapat beberapa perkara penting dalam membina sebuah rumah. Berikut ini di antaranya :-
Kos membangunkan rumah bukan seratus-dua ratus ribu, oleh itu perkara yang paling asas untuk diperhatikan adalah pelan kewangan. Jika tidak mahir selok belok untuk menyediakan kewangan, risiko untuk rumah tidak selesai dibina sangat tinggi.
Sakit hati bukan? duit dah habis tapi rumah masih belum siap. Bahagian luaran mungkin selesai dibina, tetapi bahagian dalaman seperti bilik tidak mempunyai tingkap & dapur rumah atau pagar tidak dapat dibina kerana dana sudah habis di belanjakan.
Jadi menyediakan pelan kewangan sangat penting dalam membina sebuah rumah, sediakan sekurang-kurangnya 2 rancangan kewangan ya, untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah dikemudian hari ini kerana harga bahan juga boleh naik dan turun seperti harga petrol, gula & minyak.
Pelan ini menjadi asas dalam membina sebuah rumah. Jika tiada pelan lantai, bagaimana untuk pekerja membina sebuah rumah. Pelan rumah memberikan banyak maklumat tentang rumah yang bakal dibina.
Perkara seperti kedudukan tandas, ruang tamu dan susun atur bahagian yang lain perlu ditentukan dengan baik bagi mewujudkan ergonomik yang selesa. Di Internet sahaja, terdapat banyak contoh pelan rumah yang mungkin memberi inspirasi.
Jika tanah kita besar lagi baik, tapi kalau tanah yang di beli saiznya kecil & cukup cukup sahaja untuk kawasan rumah, sedikit kesilapan akan membawa masalah besar di kemudian hari.
Orang yang paling mahir mereka bentuk rumah adalah arkitek, biar mereka sahaja yang akan pening kepala selesaikan masalah anda.
Pekerja pembinaan bangunan boleh didapati secara meluas & sekarang ni boleh di cari melalui internet, tetapi kita harus berhati-hati mencari pekerja yang benar benar mahir & profesional.
Bukan sedikit kisah penipuan yang berlaku, biar kita ambil masa selidik kualiti kerja & kemampuan tukang & kontraktor rumah sebelum mengikat kontrak dengan mereka, nanti silap pilih duit kita lesap di habiskan mereka, rumahnya entah kemana !
Minta pendapat keluarga atau rakan yang mempunyai pengalaman membina rumah yang baik dengan tukang & kontraktor tertentu, kalau boleh cari kontraktor di kawasan yang terdekat sahaja.
Kami ada beberapa kenangan baik & juga pahit untuk kerja ubahsuai rumah sebelum ini, ada yang rajin jujur & di percayai, ada pula yang sebaliknya. Jadi, cek betul-betul.
Kos bahan menentukan samada pelan kewangan yang telah di buat berjaya atau gagal, gunakan bahan yang sesuai dengan keperluan dan kewangan anda. Jika kewangan hanya cukup untuk membeli batu bata, tidak bijak untuk membeli batu bata secara maksima.
Jika kita mengetahui kenalan yang sudah biasa dengan pembekal bahan binaaan, dapatkan pandangan mereka dahulu, sekiranya menggunakan khidmat tukang rumah, pastikan mereka memberikan resit atas setiap perbelanjaan barang binaan yang telah di beli, dari pengalaman kami, ada tukang yang kurang jujur akan bermain harga disini.
Harga barang yang di beli jauh lebih mahal dari yang berada di pasaran, ambil masa untuk pergi ke kedai hardware dan rujuk dengan mereka samada harga tersebut sama atau lebih tinggi dari pasaran.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
TABUNG RUMAH
Kediaman ini kecil sahaja, ukurannya hanya 30' x 30'. Keluasan 900 kps.
Jika kos binaan RM125 kps, kos binaan untuk rumah ini ialah RM112,500.00 untuk kediaman kecil begini, ini cuma anggaran kasar sahaja. Namun begitu harga itu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos membeli apartment, apatah lagi kos membeli sebuah rumah !
Boleh tempatkan 2 bilik kecil jika anak balik melawat ibubapa bila bersara nanti, dengan sentuhan warna pastel, laman yang kecil didalam rumah, perabot yang ringkas menjadikan kediaman kelihatan awesome.
Bila bersara nanti, mungkin ini sudah lebih dari cukup, tak perlu rumah agam yang besar macam dalam drama. Rumah yang kecil sebegini lebih mudah dikemaskan dan dijaga.
Kredit : Dr.Azizul Azli Ahmad
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !