Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan untuk memberi lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, konkrit, batu-bata, dan lain-lain.
Fungsi cat ialah :
Melindungi daripada kerosakan-kerosakan yang di sebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan sebagainya.
Mencantikkan pemandangan.
Perlindungan dari air, debu dan kotoran.
Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner).
Bahan pengikat berfungsi melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati adalah turpentin dan spirit putih.
Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan lain.
Berikut ialah jenis-jenis cat yang selalu digunakan :-
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapis cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.
Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti turpentin. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.
Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.
Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadang-kala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.
Cat Kegunaan Khusus
Banyak jenis cat dihasilkan khas untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:
a. Cat Aluminium
Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
b. Cat Bitumen
Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berharga murah.
c. Cat Kalis Kulat
Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah pertumbuhan kulat terkandung dalam cat jenis ini. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.
d. Cat Tahan Api
Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam pembinaan.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya, bersama-sama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Kebanyakkan orang di Malaysia cenderung untuk menggunakan bata sebagai material dalam membuat dinding rumah berbanding material yang lain. Antara bata yang paling popular digunakan adalah bata merah dan bata simen. Namun tahukah anda, kedua-dua material ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Berikut kami kongsikan perbezaan batu merah dan batu simen :
Kelebihan & Keburukan
Terdiri daripada campuran tanah liat dan pasir yang dibakar
Dinding rumah mampu menahan haba lebih baik, ia menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
Batu merah yang berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik.
Bata merah lebih kuat ketahanannya dari bata putih pada kadar dua hingga tiga kali ganda serta bersifat "fire resistant"
Harga lebih mahal
Sukar disusun dengan cantik kerana bentuk tidak sekata. Hal ini kerana bata tanah liat dibakar dan pengecutan bata adalah berbeza-beza. (Bergantung pada jenis bata)
Lebih banyak menggunakan simen plaster untuk menutup bentuk bata yang tidak sekata.
Kelebihan & Keburukan
Terdiri daripada campuran pasir, simen dan air
Harganya murah.
Lebih mudah disusun kerana bentuk bata yang sekata
Kurang penggunaan simen plaster kerana lebih tersusun rata.
Rumah agak panas berbanding menggunakan bata merah.
Namun begitu, bata bukanlah penentu bahawa rumah kita itu tahan atau tidak, kerana yang menentukannya ialah struktur binaan iaitu "pad footing", rasuk dan tiang. Sekiranya penggunaan jenis besi dan gred konkrit itu tepat, struktur rumah tetap berada ditahap yang baik.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya, bersama-sama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunakan di bangunan komersil seperti kilang. Tapi, sekarang dah jadi trend rumah-rumah baru pakai bumbung jenis ini. Kali ni, saya nak share tentang kelebihan dan kekurangan metal roof ni supaya anda yang nak renovate rumah tu boleh buat penilaian awal.
KELEBIHAN
1. Boleh tahan sehingga 50 tahun. So, anda tak perlu tukar bumbung dalam tempoh masa terdekat.
2. Takkan tumbuh lumut dan terhakis seperti bumbung jenis genting biasa.
3. Lebih ringan daripada bumbung jenis lain. So, tak perlu design struktur rumah yang complex untuk support metal roof ni.
4. Banyak pilihan pattern dan colour dalam pasaran. Selain tu, mudah untuk buat custom made ikut design bumbung anda (pattern yang biasa digunakan adalah pattern yang menyerupai atap genting).
5. Mudah dipasang dan diselenggara. Ambil masa singkat untuk pasang bumbung jenis ni dan kalau bocor, just replace roof sheet (kepingan atap) shj. Tak perlu tukar seluruh bumbung baru
KEBURUKAN
1. Bunyi bising bila hujan turun. Boleh ganggu tidur anda kalau hujan turun waktu malam (untuk minimumkan bunyi bising kena pakai insulation bunyi yang tebal).
2. Kalau tak ada insulation tahan haba, rumah anda cepat panas dan mungkin bil elektrik akan melambung bila kerap pasang aircond disebabkan situasi ini.
3. Harga tak menentu, sebab besi banyak diimport di negara luar. So, harga ikut trend pasaran. Boleh jadi mahal, boleh jadi murah.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
TIPS MEMILIH CAT RUMAH AGAR NAMPAK ELEGAN & MEWAH
Dalam memilih warna cat rumah yang bagus, tentu ada banyak faktor yang perlu diperhatikan. Bermula dengan kombinasi warna, jenis ruangan, dan warna perabot yang akan disesuaikan dengan warna cat. Oleh itu, perlukan pertimbangan yang betul dalam memilih warna cat rumah yang baik.
Penggunaan warna cat untuk rumah anda juga bergantung kepada citarasa anda sendiri. Tidak perlu terikat dengan penggunaan cat yang standard, jika anda memiliki inspirasi lain terkait pemilihan warna cat rumah yang baik, teruskan untuk menerapkannya pada rumah impian anda.
Sebelum memilih warna cat, pertimbangkan suasana ruangan tersebut. Tentu sahaja suasana bilik tidur akan berbeza dengan suasana di ruang tamu. Suasana bilik tidur sering dikaitkan dengan warna yang harmoni & tenang kerana ruangan itu adalah ruang untuk beristirehat. Warna-warna lembut biasanya akan dipilih.
Sebelum membeli cat, tentu penjual akan menunjukkan katalog untuk menguji warna cat yang kamu pilih. Fungsinya untuk menunjukkan warna asli dari cat tersebut dalam kondisi normal. Buatlah pilihan dengan tepat.
Rumah tidak hanya mempunyai satu ruangan sahaja, anda harus memilih warna cat yang sesuai dan serasi untuk setiap kawasan.
Setiap ruangan harus mempunyai komposisi yang seimbang dan yang menonjol. Keserasian ini boleh diperolehi dari warna perabot, dekorasi seperti karpet, sofa, hiasan dinding dan pencahayaan yang tepat. Pemilihan warna yang betul mampu mempengaruhi 'mood' anda sekeluarga.
Tekstur tembok dan ruangan menjadi kunci pada teknik ini sebagai efek tambahan, ruangan akan terlihat lebih besar dan luas
Anda juga boleh memilih pilihan warna yang cerah dan corak -corak yang tertentu. Kombinasi yang tepat pasti akan memberikan hasil yang menarik.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya, bersama-sama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Kredit : HoE Const.