Tips Ruang Dalaman Rumah Pertama
Pelan lantai atau layout sangat penting dalam membina/memiliki sesebuah rumah, layout yang tidak "mesra penghuni" akan memberikan rasa kurang selesa pada kita sama ada pemilik rumah ataupun tetamu kerana kurangnya ruang privasi antara setiap bahagian rumah.
1. Dapur jangan di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita, jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak ruang dalam bilik tidur kita.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tidak terkena kipas. (Standard 10' atau 3m)
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap wc nanti. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi.
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik 2 bilik air sebagai permulaan.
8. Jika apartment, sebaiknya ada balcony agar ada ventilasi yang baik buat kediaman.
9. Pastikan ada 3 zone ruang Public, semi public dan private dalam ruang kediaman kita
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
5 Tips Dekorasi Rumah
Antara cara untuk kita mencantikkan kediaman kita ialah dengan cara dekorasi, kaedah ini tidak melibatkan sebarang perubahan struktur tetapi mampu menghasilkan satu kelainan yang tersendiri. Berikut kami kongsikan 5 tips dekorasi untuk rumah anda. Selamat membaca !
1. Siling
Anda tidak perlu risau jikalau anda hanya ada ketinggian siling rendah iaitu sekitar 8 kaki sahaja. Anda boleh atasi dengan cat siling anda dengan cat yang cerah. Tindakan ini boleh menyebabkan siling anda akan kelihatan lebih tinggi.
2. Langsir
Elakkan menggunakan langsir yang lebih gelap, sebaliknya pilih warna langsir yang lebih terang dan lebih cerah bagi membolehkan ruang rumah teres anda menjadi lebih luas apabila diterangi cahaya matahari. Pastikan juga gantung langsir anda di kedudukan yang lebih tinggi.
3. Perabot
Untuk deko rumah, jangan terlalu letak banyak perabot baik di ruang tamu anda, ruang makan atau di bilik tidur anda bagi rumah teres setingkat kerana perabot yang terlalu banyak akan menyebabkan rumah anda menjadi "crowded". Boleh dapatkan senarai perabot terbaik yang dikeluarkan oleh katalog dari ikea sebagai rujukan.
4. Cermin
Tidak boleh dinafikan peranan cermin dalam memberikan dimensi dalam rumah anda. Ia membantu menjadikan ruang yang ada lebih lapang dan luas.
5. Cat
Sekiranya cat di bahagian siling pada warna yang lebih gelap, kami sarankan untuk anda pilih tona warna yang lebih lembut dan cerah untuk dinding. Pertimbangkan juga untuk pasang shiplap sebagai tambahan dekorasi/kemasan.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
5 Tips Rekabentuk Dapur Yang Kemas
Memiliki dapur yang kemas dan cantik adalah impian bagi setiap suri rumah. Dengan adanya dapur yang cantik pasti akan mempengaruhi mood untuk memasak. Berikut kami kongsikan tips rekabentuk khusus di ruang dapur untuk menjadikan dapur anda selesa, kemas dan cantik. Selamat membaca !
2. Guna Kemasan Lantai Yang Tidak Licin
Untuk kawasan dapur adalah lebih baik anda gunakan 'non-slip tiles' atau jubin jenis kayu agar tidak mudah licin dan mengelakkan dari anda tergelincir.
3. Guna Fan Ventilation
Selain tingkap, fan ventilation juga sangat membantu untuk 'membuang' semua bau-bauan masakan anda bagi memastikan ruang dapur sentiasa bebas dari bau kari, sambal dan sebagainya.
4. Gunakan Warna Yang Sesuai
Seperti topik yang dibincangkan sebelum ini, warna cat juga sangat memainkan peranan yang besar dalam setiap ruangan khususnya ruang dapur. Penggunaan warna yang sesuai akan menjadikan dapur lebih selesa untuk digunakan..
5. Fahami Prinsip Golden Triangle
Prinsip golden triangle memberikan anda idea berkaitan kedudukan yang betul antara sinki, dapur memasak, peti sejuk dan lain-lain. Fahami prinsip ini untuk memudahkan kerja anda semasa berada di ruang dapur.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Sebelum membina sesebuah rumah, adalah penting untuk kita tentukan susun atur bagi setiap ruangan dalam sesebuah rumah itu, kedudukan dapur, bilik air, bilik tidur dan sebagainya, kedudukan susun atur yang baik akan mewujudkan ergonomik yang selesa.
Tambahan pula, kita akan tinggal didalam rumah itu untuk jangka masa yang lama, sudah tentu keselesaan adalah antara perkara yang utama dalam pemilikan sesebuah rumah. Mungkin ada yang berfikir boleh "adjust" pelan lantai kemudian, tetapi adakah anda bersedia untuk mengeluarkan kos sekali lagi untuk membuat pengubah-suaian ?
Maka dengan itu, dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda berkaitan pelan lantai yang baik. Selamat membaca !
1. Pandangan Terus Kedapur
Elakkan memilih design yang seperti ini, sekiranya terpaksa, cuba wujudkan satu penghadang supaya tetamu tidak dapat melihat kedalam ruangan dapur kita.
Kediaman sebegini selalunya ada pada rumah teres yang berkeluasan 20'x60'
2. Ruang Dapur Yang Terlindung
Layout seperti ini boleh dikategorikan sebagai satu pelan yang baik, ruang makan dan ruang tamu berada disatu kawasan yang sama, sementara ruang dapur terlindung.
Cuma kedudukan pintu bagi setiap bilik itu kurang manis sebenarnya kerana memberi sedikit ruang kepada tetamu untuk melihat kedalam ruangan bilik.
3. Ruangan Yang Terlindung
Pelan lantai seperti ini lebih baik, wujud privasi bagi setiap ruangan dan semestinya memberikan keselesaan kepada tuan rumah.
4. Ruangan Yang Terlindung + Ruangan Tambahan
Pelan lantai seperti ini pula adalah jauh lebih baik, selain memberikan privasi, ruangan tambahan untuk keluarga juga ada selain ruangan untuk para tetamu.
Tentunya ruangan yang terlindung dan luas memberikan rasa keselesaan yang jauh lebih baik.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada para pembaca, ayuh kita bersama berkongsi ilmu seterusnya kita bersama membina kediaman impian anda..
Sehingga kita berjumpa lagi di artikal yang seterusnya !
Kredit - Dr, Azizul