Proses penerbitan novel melibatkan beberapa fasa yang kompleks untuk menjamin kualiti penghasilan novel. Fasa ini merangkumi proses penting seperti penyuntingan kandungan secara terperinci, reka letak, dan semakan pruf akhir. Pendekatan ini amat penting bagi memastikan produk akhir berdaya saing, memenuhi jangkaan pembaca, dan bersedia sepenuhnya untuk peringkat pengeluaran.
Pencapaian terbesar bagi sebuah syarikat yang baru aktif dalam aktiviti rumah penerbitan, adalah dengan menerbitkan novel "Pada Subuh yang Membawamu Pergi" nukilan Yaya Samad yang berjaya menjadi best seller pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. (PBAKL)
Mangosteeeen sangat aktif buat strategic partnership dan berjaya membina networking yang kuat dengan penerbit-penerbit besar seperti Bookiut, Prolog Media, Iman Publication, dan Manés Wordworks. Kolaborasi ini sangat penting untuk cross-promotion dan mengukuhkan lagi brand positioning syarikat
Mangosteeen melibatkan diri dalam pelbagai pesta buku seperti Selangor International Book Fair (SIBF), PBAKL dan Johor Alternative Book Fest (JAB) yang membantu untuk penglibatan secara langsung dengan komuniti pembaca dan meningkatkan brand awareness secara lebih personal
syarikat mempraktikkan proses penyuntingan yang teliti terhadap setiap manuskrip yang diterima. penekanan ini diberikan kepada keaslian idea dan kekuatan penceritaan bagi memastikan hanya karya yang mempunyai high value content diterbitkan di bawah syarikat penerbitan Mangosteeen
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
17-1, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Bukit Mahkota,
43000, Kajang, Selangor.
Tel: +60 11-6533 1070
Email: enquiry@mangosteeen.com