Mangosteeen Books terletak di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.
Syarikat penerbitan Mangosteeen Book Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam penerbitan buku dan penjualan buku secara dalam talian. Syarikat penerbitan Mangosteeen Books mula diasaskan pada tahun 2020 dan kini bertempat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Fokus utama penubuhan syarikat Mangosteeen Books berfungsi sebagai platform e-dagang peruncitan buku digital dengan strategi pemasaran dan jualan yang dimaksimumkan menerusi pelbagai saluran dalam talian. Bagi memastikan kepelbagaian produk dan kedalaman stok, syarikat telah membina kerjasama strategik dengan penerbitan tempatan. Selepas berjaya membina nama dan mengukuhkan kepercayaan pembeli sebagai kedai buku online yang popular dan dipercayai, syarikat penerbitan ini mula beralih kepada aktiviti rumah penerbitan iaitu menghasilkan buku pengeluaran Mangosteeen Books sendiri.
Novel Bahasa Malaysia menjadi novel bahasa perpaduan yang menguatkan keharmonian kepelbagaian bangsa, bahasa dan agama
Menerbitkan novel Bahasa Malaysia yang sesuai dan mengeksport karya penulis tempatan ke peringkat antarabangsa untuk diterjemah ke pelbagai bahasa.
Mangosteeen menyasarkan pembaca dalam peringkat umur 15 tahun sehingga 35 tahun. Novel yang diterbitkan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua peringkat umur dan masyarakat. Sasaran pembaca bermula daripada young adult kerana pemilihan genre yang bersesuaian
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
17-1, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Bukit Mahkota,
43000, Kajang, Selangor.
Tel: +60 11-6533 1070
Email: enquiry@mangosteeen.com