Komik ini merupakan naskah fizikal pertama yang diterbitkan oleh Mangosteeen sebelum fokus kepada penerbitan novel. Komik ini bergenre kelakar dan satira (sindiran masyarakat). Naskah ini merupakan himpunan karya terbaik oleh Norazali1983 di media sosial sekitar tahun 2017 hingga 2020.
Novel Lentera Kaca karya Nuha Yusuff bersifat fiksyen, pyshcological drama dan slice-of-life. Novel ini merupakan novel pertama oleh rumah penerbitan. Ini menandakan titik permulaan Mangosteeen untuk berkembang sebagai syarikat penerbitan buku yang semakin kukuh.
Berikut merupakan beberapa merchandise daripada Mangosteeen Books. Merchandise ini boleh didapati di pameran yang kami sertai sahaja kerana tidak dijual secara dalam talian
Digunakan untuk menyimpan dan menjaga buku daripada kerosakan
Mangosteeen Books mempunyai karakternya tersendiri yang dikenali sebagai Cik Manggis. Karakter ini diilustrasikan oleh ilustrator tempatan iaitu Aqil Ng. Aqil Ng juga merupakan ilustrator bagi buku terbitan Mangosteeen Books seperti novel Pada Subuh Yang Membawaku Pergi dan Aku Yang Bertemankan Senja karya Yaya Samad.
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
17-1, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Bukit Mahkota,
43000, Kajang, Selangor.
Tel: +60 11-6533 1070
Email: enquiry@mangosteeen.com