Nain mencari ketenangan diri dan cuba untuk belajar memaafkan dan menerima orang yang menjadi punca trauma dalam hidupnya. Fahim hadir sebagai support system kepada Nain.
Suri dilantik menjadi Pustakawan Diraja dan menggunakan kebijaksanaannya untuk mempertahankan Kerajaan Meranti daripada pengkhianatan dan ancaman.
Kejadian kehilangan dan kematian yang berlaku di Pulau Jengka dipercayai berpunca daripada Serunai Maut. Henry, Iman dan Falah berusaha menyiasat asal-usul kejadian tersebut serta mencari pemilik sebenar Serunai Maut
Merupakan kesinambungan daripada Serunai Maut 1, yang mengisahkan pengembaraan serta konflik yang tercetus ketika watak-watak utama berusaha menyelesaikan kes misteri di Pulau Jengka
Kemalangan yang menimpa Najma dan Ash membawa kepada satu persamaan yang mengikat mereka iaitu kehilangan pasangan dan berlaku transaksi wang misteri. Disebalik kejadian ini, terdapat konspirasi dan rahsia yang terselindung
Dian terhimpit dalam stigma keluarga mengenai perbezaan taraf sosial antara jurutera dengan pelukis jalanan yang menjadi punca Dian cuba mengejar kejayaan palsu.
Pengembaraan empat sahabat menjadi tragedi apabila mereka hilang di Bukit Maxwell dan berlaku kejadian aneh. Ayah Fendi mengupah Hawk, Wak Kasorgi dan Raiqal untuk misi pencarian dan menyelamat mereka.
Antologi 15 cerpen (Mangosteeen Books X Cereka) yang mengisahkan thriller Gen-Z yang berpaksikan teknologi moden dan kesan daripada penyalahgunaannya kepada diri dan masyarakat.
Perjalanan hidup Fahim selepas kehilangan keluarganya dan hanya tinggal dia dan abang sulungnya, Fakhri. Fahim cuba mendapatkan pengiktirafan Fakhri terhadap kejayaannya
Seorang pelukis, Attaki, terperangkap dalam kisah silam yang dipenuhi titik gelap. Pertemuannya dengan Hayla menjadi detik yang membawa Attaki keluar daripada belenggu masa lalu, seterusnya membuka ruang untuknya kembali menemukan diri
Naura terpaksa hidup dalam kebencian keluarga Hanz atas kematian kakak Hanz, Anis berpunca daripada tindakan Izzat. Namun apabila kebenaran mula terbongkar, Hanz tampil membantu Naura melepaskan diri daripada Izzat yang sering memukul dan menganiayainya.
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:
17-1, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Bukit Mahkota,
43000, Kajang, Selangor.
Tel: +60 11-6533 1070
Email: enquiry@mangosteeen.com