Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah melibatkan 4 fokus utama dan salah satunya adalah pengurusan kerjaya murid. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru bimbingan dan kaunselung perlu melaksanakan program pendidikan kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
Oleh yang demikian, Bulan Informasi Peluang Pendidikan dan Kerjaya Masa Hadapan ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Bidang Sains & Matematik serta Bidang Teknik dan Vokasional bertujuan memberikan pengetahuan kepada murid-murid mengenal pelbagai bidang kerjaya di negara kita. DUNIA kini memasuki Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0. Penggunaan Internet (IoT), data besar (big data), pangkalan data awan (cloud computering), blockchain dan lain-lain pastinya akan mengubah corak kehidupan manusia. Bagi menyediakan murid yang bakal melalui cabaran kerjaya masa hadapan ke arah era Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0, maka aktiviti dan pengisian sepanjang program ini akan mendedahkan murid kepada kepelbagaian jenis bidang kerjaya ke arah era digital.
Selain itu, diharapkan murid-murid juga mempunyai pengetahuan mengenai spesifikasi, jenis, suasana dan maklumat pekerjaan yang boleh diterokai oleh murid-murid untuk disesuaikan kerjaya dengan diri mereka. Dengan ini, para pelajar sudah boleh menyiapkan diri mereka sejak di bangku sekolah lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing yang boleh diketahui melalui data psikometrik murid. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah, murid akan dibimbing untuk penerokaan perkembangan kerjaya murid dengan lebih berkesan.