SELAMAT TAHUN BARU 2025 DARIPADA UNIT PUSAT SUMBER KV BINTULU.
Masa adalah satu bentuk nikmat dan mengisinya dengan perkara yang bermanfaat adalah satu amanah. Menyambut kehadiran tahun baru adalah satu persediaan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.
SELAMAT DATANG KE TAHUN 2025. SEMOGA SEPANJANG TAHUN INI KITA LEBIH BERSEMANGAT DALAM MEMPERKUKUH DAN MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA KV BINTULU.
Lawatan sambil belajar pengawas Perpustakaan Abdullah Munsyi, Kolej Vokasional Bintulu ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu terdiri daripada 30 orang pelajar dan 10 orang pensyarah. Program ini adalah selaras dengan keperluan objektif Kolej Vokasional Bintulu yang ke-3 iaitu melahirkan pelajar yang aktif, kreatif dan bersatu padu melalui aktiviti kokurikulum, dan ke-5 iaitu mewujudkan jaringan kerjasama dengan institut latihan kemahiran. Lawatan ini juga sebagai pendedahan awal untuk pelajar berkenaan kehidupan sebenar warga kampus di institut pengajian tinggi.
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Tarikh / Hari : 27 Januari 2023
Tempat : Dewan Sri Perdana
Penglibatan : Pelajar SVM dan DVM Kolej Vokasional Bintulu
Program Membaca 10 Minit merupakan galakan membaca yang dijalankan setiap bulan oleh Unit Pusat Sumber. Program ini telah dijalankan pada minggu keempat tahun ini. Unit Pusat Sumber telah menjemput warga Kolej Vokasional Bintulu untuk terlibat dalam program ini. Program Membaca dijalankan seawal 7.15 pagi pada hari Jumaat. Sesi bacaan selama 10 minit berjalan lancar dan beberapa orang pelajar diminta membuat ulasan secara spontan tentang bahan bacaan yang dibaca.
PROGRAM GALAKAN MEMBACA FEBRUARI
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Tarikh / Hari : 4 Februari 2023
Tempat : Dewan Sri Perdana
Penglibatan : Pelajar SVM dan DVM Kolej Vokasional Bintulu
Program Jom Membaca 10 Minit pada bulan Februari merupakan inisiatif Unit Pusat Sumber untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar SVM dan DVM di Kolej Vokasional Bintulu. Program Membaca 10 Minit ini diselia sepenuhnya oleh Pengawas Perpustakaan dan dibantu oleh MPP dan PRS. Semua pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti ini. Setelah selesai sesi membaca selama 10 Minit, pelajar diminta berkongsi ulasan secara spontan tentang bahan bacaan yang dibaca. Perkongsian bahan bacaan ini memberi peluang pelajar terlibat dalam pengucapan awam secara spontan dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar Kolej Vokasional Bintulu.
JAMUAN TAHUNAN UNIT PUSAT SUMBER
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Tarikh / Hari : 23 Februari 2023 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Abdullah Munsyi
Penglibatan : AJK Pengawas Perpustakaan dan AJK Pensyarah Unit Pusat Sumber
Kolej Vokasional Bintulu
LAPORAN UNIT PUSAT SUMBER 2020 - KLIK FLIP HTML5 DI BAWAH
LAPORAN UNIT PUSAT SUMBER 2019 - KLIK FLIP HTML5 DI BAWAH
LAPORAN UNIT PUSAT SUMBER 2018 - KLIK FLIP HTML5 DI BAWAH
Program Program Membaca (Mingguan) Tahun 2020
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Unit Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Tarikh / Hari : Setiap hari selasa setiap minggu
Tempat : Dewan Bunga Raya dan Dewan Bougainvilla
Penglibatan : Pelajar Kolej Vokasional Bintulu
Objektif :
1.1 Program ini bertujuan melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid, menyediakan murid-murid yang dapat menjawab soalan yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan menilai melalui aktiviti pengayaan.
1.2 Program ini bertujuan bagi menggalakkan penglibatan semua warga kolej dalam pelaksanaan program serta pembinaan tabiat membaca dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Bintulu.
Ringkasan Aktiviti : Program Membaca mingguan telah dilaksanakan pada setiap hari selasa iaitu bermula pada jam 7.10 pagi hingga 7.30 pagi. Program ini melibatkan semua pelajar Kolej Vokasional Bintulu yang terdiri daripada pelajar SVM dan pelajar DVM. Pelajar diminta untuk membaca bahan bacaan yang telah disediakan sendiri oleh pelajar dan pada akhir sesi, pengawas pusat sumber akan meminta pelajar untuk membuat rumusan berkaitan bahan yang telah di baca. Beberapa orang pelajar akan dipilih untuk berkongsi bahan bacaan yang telah mereka baca di pentas. AJK Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu akan memantau pelajar dari segi disiplin pelajar sepanjang program dilaksanakan.
Program Orientasi Pengawas Pusat Sumber
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Perpustakaan Abdullah Munsyi
Tarikh : 14 Februari 2020 & 15 Februari 2020 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Abdullah Munsyi Kolej Vokasional Bintulu
Penglibatan : Pengawas Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Objektif :
1.1 Mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan kerjasama antara pengawas.
1.2 Merangsang kebangkitan semangat jati diri setiap pengawas dalam mengharungi cabaran sebagai seorang
pengawas
1.3 Membentuk disiplin pelajar dalam menjalankan tanggungjawab dan memantapkan unit pusat
sumber kolej.
Ringkasan Aktiviti : Aktiviti orientasi ini telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari sabtu. Pada hari jumaat pada jam 2 petang, pengawas pusat sumber telah berkumpul di Perpustakaan Abdullah Munsyi untuk sesi pendaftaran. Pada jam 2.20 hingga 2.30 petang, pengawas telah diberi taklimat dan aturcara program sebelum program bermula kemudian pengawas telah menyertai ‘ice breaking’ yang dikendalikan oleh AJK Pusat Sumber KV Bintulu dan fasilitator yang terlibat. Pada jam 3.30 petang hingga 4.40 petang, aktiviti LDK 1 dan LDK 2 telah dijalankan dan turut dikendalikan oleh AJK Pusat Sumber KV Bintulu. Pada jam 5 petang pengawas telah bersurai. Pada hari sabtu, program orientasi bermula seawal jam 7.30 pagi, aktiviti senaman pagi dan LDK 3 telah dilaksanakan. Kemudian aktiviti telah diteruskan dengan taklimat dan teknikal pskv serta SOP Penggunaan Komputer. Pada jam 1050 pagi, aktiviti LDK 4 telah berlangsung dan aktiviti program berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum program orientasi berakhir sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama pengawas telah diadakan.
Gambar pengawas pusat sumber melakukan aktiviti senaman sebelum bermula aktiviti program orientasi
Gambar aktiviti LDK sepanjang program berlangsung, lokasi aktiviti di Perpustakaan Abdullah Munsyi dan Dewan Bougainvilla Kolej Voksaional Bintulu.
Gambar taklimat dan teknikal pskv serta SOP penggunaan komputer Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
Program Jom baca bersama
Unit Pusat Sumber
Kolej Vokasional Bintulu
Jawatankuasa Penganjur : Kementerian Pendidikan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia dan bersama-sama dengan Persatuan Perpustakan Malaysia
Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)
Tempat : Rumah masing-masing
Penglibatan : Warga Kolej Vokasional Bintulu
Objektif :
Mendorong warga Kolej Vokasional Bintulu untuk membaca, di mulai dengan langkah awal selama 10 minit pada hari tersebut sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.
Ringkasan Aktiviti : Program Jom baca bersama untuk 10 minit telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia dan bersama-sama dengan Persatuan Pustakawan Malaysia. Program ini telah diadakan pada 23 April 2020 (Khamis) pada jam 11 pagi dan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Untuk pengetahuan pihak semua, program ini telah dilaksanakan semasa waktu PKP berlangsung dan lokasi bagi menjalani program ini adalah di rumah masing-masing.
LANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN
JANUARI, 2019
PROGRAM MEMBACA FEBRUARI & MAC, 2019
BENGKEL PEMANTAPAN NILAM (20 MAC, 2019)
PROGRAM JERAYAWARA UJANA BUKU DBP KE KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
( 11 APRIL 2019)
Aktiviti : Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi Mara (UITM)
Jawatankuasa Penganjur : Perpustakaan Abdullah Munsyi
Tarikh : 1 Ogos 2019 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Abdul Razak (PTAR) UITM Mukah
Penglibatan : 20 Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Abdullah Munsyi
Objektif :
1.0 Memberi pendedahan kepada AJK pusat sumber KV Bintulu tentang pengurusan perpustakaan di
Perpustakaan UITM Kampus Mukah.
2.0 Memberi kesempatan kepada AJK untuk bertukar maklumat berkaitan sumber pendidikan dengan
pustakawan Perpustakaan UITM Mukah.
Ringkasan Aktiviti : Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Abdul Razak (PTAR) telah diadakan pada 1 Ogos 2019 (khamis), seramai 20 ahli jawatankuasa telah mengikuti lawatan penanda aras tersebut. Kami telah bertolak pada jam 8 pagi dan tiba di destinasi pada jam 1030 pagi. Lawatan kami telah disambut baik oleh perpustakawan PTAR. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai PTAR UITM Sarawak cawangan Mukah. Lawatan diteruskan dengan lawatan persekitaran PTAR UITM Mukah. Kami telah pulang ke Bintulu pada jam 330 petang dan tiba di Kolej Vokasional Bintulu pada jam 5.30 petang.
Hasil dapatan lawatan: Objektif siri lawatan kali ini tercapai. Ahli Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber dapat menambah ilmu pengetahuan baru mengenai proses pengurusan Perpustakaan di UITM, Mukah. Sebagai contoh, pengawas dapat mengetahui akan kepentingan sistem OPAC untuk pencarian maklumat di perpustakaan. UITM MUkah juga menggunakan mesin 24 jam bagi pemulangan buku pelajar. Hal ini memudahkan pelajar untuk memulangkan buku sekiranya terlewat. Pihak UITM Mukah juga mengatakan bahawa Perpustkaan UITM berpusat di Perpustakaan UITM Cawangan Shah Alam dan saling berhubung antara satu sama lain. Hal ini bagi memudahkan pegawai perpustakaan untuk mencari maklumat buku yang ada di seluruh UITM. Selain itu, pihak UITM memaklumkan bahawa pensyarah akan memberikan maklumat terperinci jika mereka hendak membeli buku rujukan pelajar mereka dan proses pembelian akan dilakukan oleh pegawai yang bertugas di perpustakaan.
PROGRAM JERAYAWARA DAN BENGKEL PENGGUNAAN MAJALAH DALAM KELAS 2018
1.0 PENGENALAN
Unit Pusat Sumber dan Unit Bahasa bekerjasama bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan PROGRAM JERAYAWARA; program berkaitan kemahiran menguruskan buku dan majalah di dalam kelas dengan memanfaatkan pelbagai sumber dan bahan sebagai pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Di samping itu, pihak yang bekerjasama ini mempunyai keinginan besar untuk memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu dalam kalangan pelajar dan tenaga kerja di Kolej Vokasional Bintulu.
Program Jerayawara bertujuan memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada pelajar, guru bahasa dan pustakawan tentang peri pentingnya pengurusan buku dan majalah di dalam bilik kuliah. Program ini boleh menjadi nilai tambah dalam membangunkan modal insan di Kolej Vokasional Bintulu. Program ini juga boleh menjadi program sampingan yang mendokong NILAM di kolej ini.
Julung-julung kali diadakan di Kolej Vokasional Bintulu, Alhamdulillah Unit Pusat Sumber dengan kerjasama unit bahasa dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak telah sama-sama menggembleng tenaga menganjurkan aktiviti jerayawara dan ujana buku pada tarikh 10 Februari 2018.
Inisiatif ini terjalin dengan adanya pelancaran program Jerayawara induk di Kuching, yang dilancarkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada januari 2018. Unit yang terlibat telah mengambil peluang ini agar pihak DBPCS dapat menambah haluan jerayarawa ke Kolej Vokasional Bintulu. Ternyata, hubungan baik antara kedua-dua belah pihak telah mulai terjalin, bahkan membuka mata dan kesedaran kepada warga masyarakat luar akan kewujudan dan reka sistem vokasional.
2.0 MATLAMAT
Memberi pendedahan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan buku dan majalah kepada tenaga pengajar Unit Bahasa dan Unit Pusat Sumber serta para pelajar.
3.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar bahasa dan para pelajar tentang kepentingan pengurusan majalah dan buku dalam bilik kuliah
2. Program majalah dan buku di dalam bilik kuliah memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada
pensyarah dan guru agar memanfaatkan bahan sebagai PdP
3. Memberikan nilai tambah dan nilai kemahiran kepada sasaran program
4. Memupuk budaya cintakan ilmu dan cintakan buku dalam kalangan tenaga kerja dan pelajar di Kolej Vokasional Bintulu
5. Program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka berfokus mendekati dan mendedahkan masyarakat ( warga kolej) tentang budaya ilmu.
5.0 PENYERTAAN
Tiga orang pensyarah bahasa, dua pustakawan dan 60 orang pelajar
6.0 TENAGA PENCERAMAH
Program ini akan dikendalikan oleh Staf Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu KETUA 1 Persatuan Karyawan Sarawak merangkap Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dan staf DBP yang lain dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Kolej.
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BENGKEL BUKU DAN MAJALAH
Tarikh : 10 Februari 2017 (Jumaat)
Masa : 8.30 am – 12.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Kolej Vokasional Bintulu
Peserta : 3 Pensyarah Bahasa, lima belas guru pustakawan dan 60 orang pelajar
Tempoh : Lima jam
8.0 PELAKSANAAN JUALAN DAN PAMERAN
Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 8.30 am – 12.30 pm
Tempat : Dewan Bougainvilla
Peserta : Semua pelajar (secara bergilir kelas bersama guru kelas)
Tempoh : Lima jam
SEMASA SESI PAMERAN DAN PENJUALAN BUKU
Pelajar dijemput secara giliran untuk berada di datang ke Pameran dan Jualan buku Dewan Bahasa dan Pustaka
Bengkel Penggunaan Majalah dalam Kelas yang disampaikan oleh Encik Amad Nasuha, pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Kolaborasi antara Unit Pusat Sumber dan DBP cawangan Sarawak ini telah dijalankan sejak tahun 2017.
LAWATAN AJK UNIT PUSAT SUMBER KE UPM KAMPUS CAWANGAN SARAWAK
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UPM KAMPUS BINTULU
Jawatankuasa Penganjur : PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
Tarikh : 26 Februari 2018 (Isnin)
Tempat : Perpustakaan UPM Kampus Bintulu
Penglibatan : Guru Pusat Sumber dan Pustakawan
Objektif :
Mendedahkan pelajar tentang pengurusan perpustakaan.
Menimba pengalaman pembelajaran di luar kelas dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
Mempelajari sistem barcode dan web blog perpustakaan UPM.
Ringkasan Aktiviti : Lawatan ini bermula pada jam 8.30 pagi iaitu, di Perpustakaan UPM. Peserta didedahkan dengan penggunaan sistem web opac. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan jenis-jenis buku yang terdapat di perpustakaan tersebut. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan e-book dan prosedur peminjaman buku di perpustakaan tersebut. Pelajar juga dibawa melawat bilik- bilik atau ruang-ruang membaca yang disediakan perpustakaan tersebut. Pada akhir sesi lawatan, kami dibawa melawat persekitaran Universiti Putra Malaysia seperti melawat ladang ternakan rusa, kambing dan arnab serta melawat Taman Botani.
Gambar pensyarah dan pelajar setibanya di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu (UPM).
Taklimat penerangan tentang struktur bilik perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada pegawai perpustakaan UPM.
Taklimat penerangan tentang web Opac bersama pegawai perpustakaan UPM
Taklimat penerangan tentang bilik respot. Bilik respot digunakan sebagai tempat penyimpanan buku yang berkaitan sejarah, hiburan dan kebudayaan.
Lawatan ke ladang rusa bersama pensyarah, pelajar dan Encik Nalong pegawai UPM.
Lawatan ke kandang arnab bersama pensyarah dan pelajar serta pegawai UPM
Gambar lawatan ke kandang kambing pembiakbakaan UPM.
Gambar bersama pihak Kolej Vokasional Bintulu dan pegawai perpustakaan di depan perpustakaan UPM.
1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu merupakan sebuah tempat menyediakan kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik. Persekitaran pusat sumber yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga kolej. Keceriaan dan kebersihan kawasan kolej adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim kolej yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi kolej.
2.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah pusat sumber yang mempunyai persekitaran yang bersih,ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras visi kolej bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya.
3.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran PSK yang lebih ceria dan kondusif.
2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap PSK.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga kolej.
5. Menjadikan kawasan PSK selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar.
4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
AJK PSK dan Pengawas Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 1 April 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 am – 4.30 pm
Tempat : Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
1.0 PENGENALAN
Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 9 hingga 11 Mac 2018 dengan tema “Mari Membaca”. Program ini juga melibatkan kerjasama semua AJK unit pusat sumber kolej dan Semua pengawas PSK sebagai jawatankuasa program.
2.0 MATLAMAT
2.1 Menggerakkan program galakan membaca melalui pelbagai aktiviti
2.2 Memupuk minat membaca secara berterusan.
2.3 Mencungkil bakat dan membentuk keyakinan murid.
2.4 Mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah
3.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Pelajar Kolej Vokasional Bintulu
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 9-11 Mac 2018
Masa : 7.30 am – 8.00 am
Tempat : Pusat Sumber Kolej Vokasional Bintulu
MESYUARAT SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN
SESI BERGAMBAR SELEPAS SELESAI BERMESYUARAT
PELAJAR MEMBACA SURAT KHABAR SELAMA 30 MINIT
PELAJAR FOKUS MEMBACA BAHAN BACAAN YANG DISEDIAKAN OLEH AJK.
PENSYARAH MEMANTAU PELAJAR KETIKA AKTIVITI DIJALANKAN. SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT BAHAN BACAAN BERBENTUK SURAT KHABAR.
LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PUSAT SUMBER
KOLEJ VOKASIONAL BINTULU, SARAWAK
KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Penanda aras merupakan kaedah yang telah digunakan sekian lama oleh sesebuah organisasi untuk tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan prestasi organisasi masing-masing. Penanda aras adalah merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari, mengubah suai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul.
Sehubungan itu, lawatan yang dirancang oleh Unit Pusat Sumber, Kolej Vokasional Bintulu adalah menjurus ke arah peningkatan prestasi khususnya dalam bidang pengurusan melalui perkongsian maklumat sama ada melalui taklimat mahupun pemerhatian secara langsung. Unit Pusat Sumber berharap agar lawatan ini akan memberi impak kepada pengurusan Perpustakaan Abdullah Munsyi, Kolej Vokasional Bintulu.
Objektif Program
1.1 Mentranformasikan Perpustakaan Abdullah Munsyi sebagai perpustakaan berimej korporat
1.2 Menjalin hubungan kerjasama dan persahabatan antara ajk Unit Pusat Sumber dengan kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia
1.3 Mendapatkan informasi terkini berkaitan dengan maklumat berkaitan dengan buku dan penggunaan teknologi terkini
1.4 Memenuhi keperluan pengauditan Kolej Vokasional Bintulu.
Pelaksanaan Lawatan
Tarikh : 16 Oktober 2018 ~ 17 Oktober 2018
Tempat : Perpustakaan Negara Malaysia
Lawatan bersama-sama kolej-kolej Vokasional Zon Tengah (Semenanjung Malaysia) yang lain.